Global Sumud Flotilla: Heliza Helmi Antara 12 Rakyat Malaysia Ditahan

Share

Global Sumud Flotilla: Heliza Helmi antara 12 rakyat Malaysia ditahan. Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan telah dipintas oleh tentera Israel di perairan Gaza pagi Khamis.

Global Sumud Flotilla: Heliza Helmi Antara Empat Rakyat Malaysia Ditahan

Maklumat itu diperoleh melalui paparan skrin Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) yang memaparkan perkembangan terkini kapal yang membawa delegasi Malaysia.

Antara yang berada di atas kapal Alma ialah Musa Nuwayri, Ilya Balqis serta Sul Aidil, manakala penyanyi Zizi Kirana pula dilaporkan menaiki kapal Huga.

Sementara itu, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi ditempatkan di kapal Sirius. Turut serta, Danish dan personaliti media sosial Farah Lee menaiki kapal Grande Blu, manakala selebriti Heliza Helmi bersama adiknya, Nur Hazwani Afiqah berada di kapal Hio.

Misi GSF yang disertai aktivis kemanusiaan pelbagai negara ini bertujuan menghantar bantuan ke Gaza, namun terkini mereka berdepan tindakan sekatan daripada tentera Israel.

Berikut senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza setakat 7.50 pagi:

Kapal Hio:

1.Heliza Helmi

2.Nur Hazwani Afiqah Helmi

Kapal Grande Blu:

1.Norfarahin Romli (Farah Lee)

2. Danish Nazram Murad

Kapal Huga:

1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana)

Kapal Sirius:

1. Haikal Abdullah

2. Muaz Zainal

3. Zulfadhli Khairudin

4. Rusydi Ramli

Kapal Alma:

1. Iylia Balqis

2. Musa Nuwayri

3. Sul Aidil

Sementara itu, lima lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).

Kapal Estrella:

1.PU Rahmat

2.Norhelmi

3.Mohd Asmawi

4.Norazman

Kapal Mikeno:

1. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana

Sumber: Sinar Harian dan Harian Metro

Artikel lain: Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Sebelum Zizi Kirana Ditahan Saya Tak Tidur, ‘Last Contact’ Jam 1.40 Pagi Tadi”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has