
Beberapa nama yang tidak asing dalam dunia aktivisme kembali mencuri perhatian apabila menyertai Global GSF 2.0, sebuah misi kemanusiaan Gaza yang dijadualkan berlepas dari Barcelona pada April ini.
Antara yang terlibat termasuk Ardell Ariana, Haroqs, Datin Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, figura yang sebelum ini aktif dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan.
Baca juga: Global Sumud Flotilla: Heliza Helmi Antara 12 Rakyat Malaysia Ditahan
Misi Global GSF 2.0 kali ini menghimpunkan beberapa sukarelawan Malaysia yang komited untuk meneruskan usaha kemanusiaan ke Gaza.
Perkongsian oleh pendakwah, PU Rahmat Ikhsan di media sosial turut mengesahkan penglibatan Ardell Ariana dan Haroqs dalam pelayaran kali ini.
Malah, beliau turut menitipkan doa agar misi tersebut dipermudahkan dan mencapai matlamatnya.
Selain itu, Yayasan Mawaddah turut mengumumkan penyertaan beberapa lagi sukarelawan termasuk Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi.
Kedua-duanya bukan nama baru dalam misi kemanusiaan Gaza, malah pernah terlibat dalam usaha bantuan sebelum ini.
Penyertaan mereka dalam Global GSF 2.0 sekali lagi menunjukkan komitmen berterusan terhadap perjuangan kemanusiaan.
Menurut maklumat rasmi, delegasi Malaysia bagi Global GSF 2.0 dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berlepas secara berperingkat ke Sepanyol.
Batch keempat melibatkan peserta berpengalaman termasuk:
Manakala batch kelima pula merupakan kumpulan terakhir delegasi Malaysia yang menyertai misi ini.
Kesemua sukarelawan dijadualkan berada di Barcelona bagi menghadiri taklimat sebelum memulakan pelayaran.
Misi seperti Global GSF 2.0 bukan sekadar perjalanan biasa. Ia melibatkan risiko, pengorbanan dan komitmen tinggi, sesuatu yang tidak semua mampu lakukan.
Namun, keberanian sukarelawan Malaysia ini menjadi inspirasi, khususnya buat wanita yang ingin menyumbang dalam cara mereka sendiri.
Penyertaan Ardell, Heliza dan sukarelawan lain dalam Global GSF 2.0 membuktikan bahawa semangat kemanusiaan tidak pernah padam.
Dalam dunia yang semakin mencabar, usaha kecil seperti ini mampu memberi harapan besar kepada mereka yang memerlukan.