Setiap orang mempunyai hobi dan minat tersendiri. Biasa kita dengar, ramai yang membela kucing terutamanya kucing kacukan, ikan belaan dan tidak kurang yang pelihara binatang eksotik seperti ular, iguana dan sebagainya.

Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi mengupas tentang ‘Gila Burung’ yang jarang dibincangkan dan hanya peminat-peminat tertentu yang tahu bagaimana hobi ini boleh dijadikan kerjaya.

Menurut Muhammad Nazri Hassan, Pemikat Burung Tekukur yang memulakan minat ini sejak berusia 10 tahun lagi.

“Sebelum ini, saya hanya mengikut ayah sahaja. Lama-kelamaan, ia menjadi minat pada saya. Dari hobi inilah, ia menjadi kerjaya buat saya. Sebenarnya untuk jadi peniaga, kita kena ada cara pemikat dulu.

“Bukan itu sahaja, keistimewaan dalam memelihara burung tekukur ini adalah suaranya yang merdu dan penjagaannya cukup mudah serta sukar untuk mendapat penyakit.

Tambah Nazri, habitat yang biasa diduduki oleh burung tekukur ini seperti di ladang kelapa sawit, sawah padi, kebun getah dan kampung.

IKLAN

Gila Burung, Dari Hobi Boleh Dapat Duit Sampingan

Manakala bagi pencinta burung eksotik pula, Mohammad Nazrul Redza Ahmad Rizal yang mempunyai lebih kurang 15 ekor burung eksotik.

“Bela burung ini bukan sahaja menghilangkan stres tetapi turut menjana pendapatan dan mengeratkan silaturrahim di antara peminat-peminat burung.

Gila Burung, Dari Hobi Boleh Dapat Duit Sampingan

IKLAN

Dikatakan jangka hayat spesis ini adalah antara 80 hingga 100 tahun.

Gila Burung, Dari Hobi Boleh Dapat Duit Sampingan

IKLAN

Bagi mengetahui kupasan lebih lanjut tentang topik ‘Gila Burung’, saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam nanti.

Gila Burung, Dari Hobi Boleh Dapat Duit Sampingan
Baca sini :

Ditinggal berhari-hari dengan anak kecil tak salah, suami ada hobi asal tahu cara nak beli jiwa isteri.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI