Gembiranya hati bila dapat pulang beraya bersama orang tua tersayang di kampung. Itu raya yang sebelum ini. Tapi, sedihnya bila kali ini tidak mampu berbuat demikian. Hanya kiriman doa dan kemaafan melalui telefon sahaja.
Sebelum ini, bukan sahaja kita dan keluar dapat berkumpul, bertabah meriah dengan masing-asing bersama-sama berganding bahu menyediakan juadah raya bersama adik beradik.
Ini antara perkongsian daripada Effy Sueffy tentang bagaimana kebahagian seorang anak dalam menyambut hari raya di perantauan dan menggembirakan orang tua dari jauh.
Gembirakan Mereka
Kebahagiaan seorang anak di rantauan adalah apabila dapat membahagiakan ibu bapanya walaupun dari jauh. Sekalipun tidak dapat pulang beraya, masih ada beberapa cara untuk gembirakan ibu bapa di kampung.
1.Kerap menelefon (atau video call jika ibu bapa pun guna smartphone) untuk bertanya khabar mereka. Layan bercerita dalam 15 – 30 minit pun dah cukup membahagiakan.
Ads
2.Sesekali tempahkan juadah berbuka untuk ibu bapa. Boleh buat melalui aplikasi foodpanda, grabfood atau mana-mana penjual yang ada buat servis penghantaran.
3.Kirimkan kuih raya 1-2 jenis. Dapatlah mak berehat, tak perlu buat kuih raya banyak-banyak. Macam-macam pilihan kuih raya yang ada. Boleh pilih nak pos atau dihantar terus ke pagar rumah ibu bapa kita. Kirim kerepek, kekacang pun okay juga. Buat kudap-kudapan di hari raya nanti.
4.Belikan baju raya untuk ibu bapa. Ramai yang jual baju dah siap jahit. Sedondon pula. Mesti seronok mereka terima kiriman baju raya dari anak tercinta.
Ads
5.Kirimkan doa banyak-banyak untuk kesejahteraan mereka. Mintalah semoga Allah berikan kesihatan yang baik, hati yang bahagia serta ketenangan berpanjangan buat ibu bapa kita yang tersayang.
Ibu bapa kita, mereka jarang meminta. Selagi boleh mereka akan cuba untuk tidak ‘susahkan’ anak-anak.
Ads
Jadi sebagai anak, kita usahalah untuk memberi walau mereka tak pernah minta. Apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, kan?
Cubalah, insya-Allah kita juga akan rasa sangat bahagia mendengar betapa gembiranya mereka menerima kiriman dari jauh.
MW: Di mana saja anak-anak berada, sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Tanpa mereka siapalah kita.
Syawal inilah waktu terbaik untuk saling bermaafan sesama insan. Mana yang terkhilaf ada dulu, turunkanlah ego itu. Ambil pendekatan untuk melupakan dan memaafkan. Ini sampai selisih pun tak pandang.. aduh! Jangan lah sampai macam tu.
Benar, tak mudah. Lagi-lagi bila hati sudah tersakiti. Namun, memaafkan itulah yang sebenarnya buat hati lapang.. tenang. Rezeki pun senang nak lekat. Bak pesanan Ustaz Farid Rashidi ini bermasam muka ini jangan sampai menjadi punca kita tak jejak syurga. Kerana, jatuh haram hukumnyanya bila bertengkar sesama muslim tanpa alasan syar’ie ini.
Ada sesetengah kes dalam masyarakat kita ini bergaduh sepupu sepapat, ipar duai, adik-beradik hingga terlibat ke anak-anak sekali. Padahal anak-anak tak tahu apapun, terpaksa join sekali.
Disuruhnya jangan bertegur sapa, atau buat tak tahu. Ada berbulan-bulan, malah sampai ada bertahun lamanya.
Selisih di jalanan, pura-pura pandang tempat lain. Andai si dia yang masak, rela tak makan. Sanggup tak nak jumpa jika si dia ada bersama.
Ya Rabbi, kenapa sampai macam itu sekali. Cukup-cukuplah bergaduh, bermasam muka. Hulurkan salam.
Rendahkan ego. Mungkin bulan biasa segan nak bermaafan. Apakata ambil peluang Syawal ini berbaik-baik.
Haram hukumnya bertengkar sesama muslim tanpa alasan syar’ie.
Ingat pesan ini, peluk erat sabdaan Rasulullah SAW:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
Daripada Abu Ayyub al-Ansari ra bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.”
[Riwayat Muslim, no. 2560]
Paling membimbangkan, takut tak masuk Syurga hanya dek kerana perselisihan yang tak berkesudahan itu. Nauzubillahi minzalik.
لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ
Daripada Jubair bin Mut’im ra bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).”
[Riwayat al-Bukhari (5984)]
Saudara saudari yang dikasihi Allah SWT, jangan dipendam dendam kesumat. Tak bawa apa-apa manfaat pun.
Pergilah hulurkan salam bermaafan.
Sharelah, biar kita semua tersedar andai ada kekhilafan.
MW : Kalau pun tak dapat nak berdepan, boleh cuba usahakan dulu secara online. Semoga perselisihan faham dapat dirungkaikan dengan tenang.
Ini tidak, bila dah lama mendirikan rumah tangga, ada suami jadi rimas bila isteri minta buat sama-sama baik kerja rumah mahupun bab masak, apatah lagi makan suap menyuap ni. Kata suami, isteri manja mengada tak kena tempat. Sikit-sikit nak berkepit. Tak pedih hati isteri bila suami ungkap kata-kata bisa macam tu.
Walhal kebersamaan suami isteri itulah yang akan ringankan beban tanggungjawab. Bahagiakan rasa hati. Hadam saranan perkongsian Muhammad Yusof ini yang menjadikan rumah tangga Ustaz Ebit Lew dan Youtuber, Sugu Pavithra sebagai contoh terbaik kebersamaan suami isteri.
Saya follow semua media sosial Ustaz Ebit Lew. Begitu juga dengan pasangan Youtuber, Sugu Pavithra. Punyalah sweet mereka ni suami isteri. Masak bersama, makan bersama, rasa masakan sama-sama. Banyak yang kita boleh belajar daripada 2 pasangan romantis ni.
Resepi bahagia dalam perkahwinan ni simple je sebenarnya. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Bukan nafsi-nafsi. Bukan sorang-sorang. Bukan..
Istilah suami isteri ‘bersama’ ni macamana ye? Kalau ikut dia mudah je sebenarnya. Isteri ada dalam hidup suami, suami ada dalam hidup isteri.
Contohnya bila habis solat ataupun time suami nak pergi kerja, isteri salamlah tangan suami, then suami balaslah kiss kat dahi isteri. Bahagia oo suami rasa. Yang isteri akan rasa dihargai. Kan nampak kebersamaan kan, kat situ?
Bila isteri keletang kelentung kat dapur, suami datanglah menyapa tanya isteri buat apa tu walaupun dah tahu mestilah isteri tengah masak (takkan tukar minyak hitam motor kot).
Bila suami cuba bantu kupas bawang holland sebijik dua pun isteri dah senyum lebar dah rasanya. Kan, nampak kebersamaan kan kat situ?
Bila isteri dah penat basuh baju, suami tolong lah sidai. Biarlah tebal telinga kena perli dengan jiran sebelah ‘sidai baju ye bang?’, tapi kat dalam rumah berbunga-bunga hati isteri bila suami dia tolong sidai baju. Tapi bab lipat baju tak payah suruh suami, nanti jadi roti kirai pulak jadinya. Nak mudah suami isteri main kutu, beli je mesin lipat baju. Setel masalah.
Time isteri tengah berehat main henset, sekali sekala suami buatlah air kopi dalgona ke, air teh o ke, maggi cup ke, bagi kat isteri. Lepas tu picit la manja sikit. Mesti senyum lebar isteri kalau laki dia buat gini. Yelah, dah tiap masa suami order je teh o aislah, kopi o lah kat bini. Sekali sekala suamilah pulak buat kat bini. Awal-awal memang pelik. ‘Suami aku ni buang tabiat ke apa?’ tapi kan ni kebersamaan yang kita nak cari antara pasangan kita kan? Takkan isteri je hari-hari yang kena bancuh air suami, ye tak?
Masa bercinta bukan main, kalau boleh makan nak satu pinggan, satu cawan kongsi straw. Bila dah kahwin suami geli pulak nak kongsi cawan dengan bini. Patutnya kita cuba throwback amalan-amalan romantik yang kita dah practise masa bercinta tu, kan? Ini tak bila kahwin terus lupa ingatan.
Mula-mula kahwin bila keluar baju mesti sama. Baju, kain tudung mesti matching dengan baju suami. Pantang keluar je pegang tangan bukan main. Dah 5, 6 tahun kawin, suami biar isteri jalan sorang-sorang, dia lepak dalam kereta main henset. Ya, konsep baju matching suami isteri dan pegang tangan ni sepatutnya amalan sepanjang zaman sebab ni antara ‘kebersamaan’ yang paling mudah untuk suami isteri amalkan.
Contoh-contoh mudah inilah yang buat pasangan suami isteri itu bahagia. Tak caya cuba tengok apa yang pasangan Ustaz Ebit dan pasangan Sugu Pavithra ini buat dalam video mereka. Mana yang baik/positif tu kita ambillah sebagai pengajaran hidup, betul tak?
Satu lagi last sebelum habis, dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami isteri memang kena berkerjasama.
Diingatkan suami-suami supaya jangan sesekali cuba buat isteri anda stress dan tertekan. Sekali lagi, suami tolong jangan buat isteri anda stress dan tertekan. Tolong ya suami-suami..
Suami please kalau boleh janganlah letakkan semua kerja rumah di atas bahu isteri semata. Cuba buat sama-sama, barulah isteri tak terbeban dan stress sebab dia sorang kena buat semua kerja dalam rumah meanwhile si suami just goyang kaki tengok TV. Mana istilah kebersamaan tu kalau dah semua kerja rumah isteri yang kena buat, kan?
Sebab tu pada semua parent yang ada anak lelaki, ajar mereka biasakan buat kerja rumah dari awal agar takde nanti dalam kepala mereka bila dah besar isteri ni ‘hamba abdi’ yang kena buat semua kerja dalam rumah. Didikan ini sangat penting kerana ia menentukan macamana pola pemikiran anak-anak lelaki 20 tahun akan datang. Ajar juga mereka supaya menghormati kaum wanita.
Ok, buat semua suami, sentiasalah bersama-masa isteri ya? Serius saya cakap ni. Sebenarnya jauh dilubuk hati, isteri anda sangat memerlukan masa bersama anda. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan awak wahai suami. Lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada’.
Bila salah sorang dah takde, kenangan bersama pasangan inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah buat suami atau buat isteri. Hadam sampai lumat apa yang cuba saya sampaikan ni wahai suami, wahai isteri
p/s: isteri-isteri kalau setuju sharelah ye. Boleh jugak tag suami kot-kot tiba-tiba suami dapat kesedaran nak tolong isteri ikhlas tanpa disuruh. Sharing is caringkan? Sedara, sedari boleh follow Muhammad Yusof untuk perkongsian kekeluargaan yang best dan menarik.
MW : Nampak kan.. tak salah pun kalau suami isteri sama-sama buat kerja berganding bahu. Agar kasih suami isteri lebih erat cuba amalkan doa ini.
Memang ada benarnya sebaik-baik sedekah dan dijanjikan ganjaran pahala yang paling besar apabila diberikan pada isteri dan keluarga terdekat. Jika ada rezeki lebih janganlah berkira dan berilah keutamaan kepada dua golongan ini berbanding orang lain.
Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri. Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita.
Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita.
Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri. Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.
Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik-ebitlew
MW: Jadi pesanan buat suami, sedekah yang paling terbaik dan besar pahalanya adalah kepada keluarga sendiri. Selalulah bersedekah pada isteri dan anak-anak di rumah, semoga bertambah murah rezeki dan berlipat kali ganda ganjaran yang diperolehi.
Madam Mariyah cari jodoh sekufu, elak orang cakap tumpang kesenangan bini. Walau pernah diuji dalam rumah tangga, usahawan sensasi ini tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi.