Gara-Gara Tertinggal ‘Power Bank’ Kereta Hangus Terbakar!

Share

Peringatan penting jangan meninggalkan power bank di dalam kereta kerana ia boleh mengundang bahaya. Dengan keadaan cuaca panas terik sekarang, merisikokan power bank boleh terbakar, sekaligus menyebabkan kereta musnah.

Tertinggal ‘Power Bank’ Dalam Kereta

Seorang pelajar Universiti Awam mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kereta PERODUA Kancil miliknya musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta di Taman Bersatu di sini, kelmarin.

Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian yang berlaku kira-kira 1.40 tengah hari tadi berpunca daripada kereta yang diletakkan di luar rumah sewa pemiliknya.

“Pemilik melihat kereta terbabit mula mengeluarkan asap dari dalam dan mendapati ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta itu terbakar.

“Dia cuba memadamkan kebakaran namun tidak berjaya sehinggalah rakan-rakannya menghubungi pihak bomba bagi mengawal kebakaran,”

katanya ketika ditemui di sini.

Bomba Berjaya Kawal Api

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) kecemasan pada jam 1.59 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Seramai tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Rosnani Abu Seman dengan satu jentera pemadam kebakaran dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal pada jam 2.35 petang dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,”

katanya.

MW: Semoga dapat jadikan iktibar kisah ini. Dalam keadaan cuaca panas terik sekarang, jangan sesekali tinggalkan ‘power bank’ di dalam kereta. Bahaya!

Sumber: Bharian

IKLAN