Gara-Gara Puji Penampilan Rakan Sekerja ‘Kacak’, Penyampai Berita Ini Digantung Tugas

Share

Gara-gara memuji penampilan rakan sekerja yang kacak ketika sedang bersiaran langsung, seorang Penyampai Berita terima akibat digantung tugas. Kementerian Maklumat Kuwait memutuskan untuk menggantung tugas seorang penyampai stesen TV selepas beliau memuji keterampilan paras rupa rakan sekerja lelakinya ketika siaran langsung.

Rakaman video yang menjadi tular di Youtube menunjukkan Basma al-Shammar memanggil rakannya ‘mayzoon’ yang bermaksud ‘kacak dan menarik’ dalam dialek tempatan.

Ketika itu, wartawan terbabit, Nawaf Al-Shiraki sedang membetulkan ghutra yang dipakainya ketika membuat liputan Pilihan Raya Majlis Perbandaran.

Basma yang mahu memberi isyarat bahawa mereka akan bersiaran langsung sempat mengusik, “Tak perlu betulkan ghutra kamu, Nawaf. Kamu sudah kelihatan kacak!”.

Tindakan itu dianggap sebagai cubaan ‘bermain cinta’, namun beberapa pengguna Twitter menganggap ia bukan satu kesalahan besar.

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen Kuwait turut membuat aduan tentang insiden itu dan mendakwa kesilapan ‘terlepas kata’ ini sama sekali tidak boleh diterima di stesen TV.

Macam-macam hal.Mungkin perkara ini dianggap remeh namun beri kesan yang besar dan dianggap tidak serius ketika sedang menjalankan tugas.Pengajarannya ketika sedang bekerja perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengekalkan profesionalisme kerja tersebut.

Sumber:Arab News

IKLAN