Foto Wajah Lebam Ardell Yang Tular Di Media Sosial Buatkan Hati Warga Maya Sebak – “Dia Masih Lagi Mampu Tersenyum”

Share

Foto wajah lebam Ardell yang tular di media sosial buatkan hati warga maya sebak – “Dia masih lagi mampu tersenyum. Pihak hospital di Istanbul telah menghubungi pelakon Nadzmi Adhwa bagi memaklumkan keadaan isterinya, Ardell Aryana yang kini dalam keadaan lemah selepas beberapa hari berada di bawah tahanan tentera Israel.

Foto Wajah Lebam Ardell Yang Tular Di Media Sosial

Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.

Menerusi platform Threads, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.

Buatkan Hati Warga Maya Sebak

 

View on Threads

 

“Dia Masih Lagi Mampu Tersenyum”

Gambar tersebut menimbulkan rasa pilu dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya tersentuh melihat keadaan pelakon itu yang masih berusaha menampilkan ketenangan di hadapan umum meskipun dalam kesakitan.

Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.

Sumber: Threads

Artikel lain: Ardell Aryana Ditumbuk Dimuka, Rambut Ditarik, PU Rahmat Dipaksa Buka Baju Dengan Tujuan Dimalukan

Ardell Alami Tekanan Darah Rendah, Tangan Haikal Cedera Dipijak, Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan Lanjut

Tisu Bahu Koyak, Muntah Banyak Kali, Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has