Final Muzikal Lawak Superstar 2025: Pentas Hiburan Ubati Penat Wanita Malaysia

Share

Kaum wanita sering menjadi tulang belakang keluarga  dari urus anak, kerja, kewangan, emosi, hingga menjaga keharmonian rumah. Adakalanya penat itu tidak kelihatan, tetapi terasa. Sebab itulah hiburan yang ringan, kreatif dan penuh gelak tawa seperti

Muzikal Lawak Superstar 2025 (MLS5) menjadi ruang rehat yang memberi kelegaan dan “healing”.

MLS5 yang bertemakan Clash of Empire  bukan sekadar pertandingan lawak. Ia memaparkan kisah semangat, kreativiti, kerjasama dan ketabahan elemen yang sangat dekat dengan perjalanan seorang wanita. 

Musim ini turut menampilkan pelbagai personaliti wanita hebat seperti Zulin Aziz, Norreen Iman, Ieda Moin, Aishah Azman dan Maryam Kimchi.

Mereka membuktikan bahawa wanita juga mampu berdiri sama tinggi dalam arena komedi yang selama ini didominasi lelaki.

Lebih menarik, antara juri adalah Bella Astillah, yang membawa perspektif wanita dalam menilai karya peserta menjadikan MLS5 lebih seimbang dan inklusif.

Empat kumpulan mara ke Final pada 29 November dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri: 

  • Kimbab – dominasi wanita dalam komedi
  • Nanas – gabungan pengalaman dan tenaga muda
  • Roda – kreativiti muzikal yang matang
  • Puteh – karakter spontan dan energitik

Dalam dunia yang penuh tekanan, kadang -kadang ketawa adalah terapi. Jadi, luangkan masa untuk diri sendiri. Nikmati Final MLS5 di

Astro Prima atau Astro GO, dan biarkan tawa menjadi penawar paling lembut untuk jiwa wanita.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu