Datuk Fazley Yaakob, melaksanakan tempoh self-quarantine selama 14 hari selepas pulangnya beliau ke Malaysia dari Singapura. Atas urusan kerja selama dua minggu di negara itu, Fazley kemudian meneruskan sesi self-quarantine. Genap 30 hari berpisah dengan anak-anak, Fazley tak dapat menahan sebak kerana akhirnya dia dapat kembali memeluk anak-anak, isteri dan juga ibunya.

30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat,”kongsinya di instagramnya.

Fazley Yaakob, Sebak Dapat Jumpa Anak Selepas Selesai Self-Quarantine
Sepanjang tempoh kuarantin Fazley tinggal di Hartamas manakala kediaman keluarganya di Bukit Damansara

Patuhi tempoh kuarantin 

Ditanya mengapa beliau mengambil inisiatif sendiri untuk melalui kuarantin. Ini jawapan beliau kepada MW ketika dihubungi semalam.

“Saya mematuhi tempoh kuarantin ini kerana tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mempunyai empat orang anak-anak yang masih kecil, ibu berumur lebih daripada 60 tahun dan mempunyai ahli keluarga yang ramai di rumah.

“Sebagai rakyat Malaysia saya juga tak mahu menjadi pembawa dan penyumbang kepada Covid-19.  Balik sahaja dari Singapura,selepas dua minggu bekerja disana. Saya rela mematuhi dan menjauhkan diri dari keluarga selama 14 hari demi tanggungjawab saya kepada keluarga dan negara.

IKLAN

“Pesan saya, jangan jadi orang yang tak bertanggungjawab. Jangan bahayakan keluarga dan juga kontak rapat, dan juga masyarakat menyeluruh. Jangan juga menjadi penyumbang kepada graf WHO dunia, yang akan menyebabkan Malaysia terletak diantara negara yang dalam zon merah .

“Saya sangat marah geram dan terkesan dengan individu yang pulang dari luar negara dan tidak memberikan status sebenar. Contoh seperti satu kes kluster terbaru yang berpunca dari seseorang yang baru pulang dari Itali baru-baru ini.

Sebak melihat anak

IKLAN

Dalam video yang dikongsikan di instagramnya semalam, anak bongsu beliau Elie memberikan reaksi keliru sebaik Didanya ingin memeluknya.

“Sebaik melihat anak-anak di depan mata, rasa rindu tu tak dapat ditahan lagi. Anak bongsu saya Elie, memberikan reaksi keliru kerana dia sebelum ini dimaklumkan tak boleh memeluk saya kerana saya perlu kuarantin.

“Setiap malam keempat-empat anak kami akan tidur bersama saya.  Selama 30 hari tak dengar dan tak lihat anak-anak rasa amat terkesan. Ini lah keluarga syurga dunia saya.

IKLAN

“Saya terpanggil menjadikan media sosial saya sebagai satu platform mendidik masyarakat supaya lebih peka dengan isu Covid-19. Setiap hari saya akan muatkan video mengenai pemandangan yang sama dan share suhu harian saya sepanjang tempoh kuarantin.

“Walaupun tak ada apa-apa simptom dan saya tak ada kontak rapat dengan mereka yang sakit, saya mengambil inisiatif untuk self-quarantine sendiri. Dengan usaha ini saya harap ianya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya lebih peka dan prihatin dengan isu ini. Let’s flattening the curve, dengan duduk di rumah, basuh tangan di rumah dan jaga kontak dengan mana-mana orang yang tidak perlu,”nasihatnya.

Sumber Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Ahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI