Kekeluargaan

Fattah Amin Failkan Saman Aib Pada Fazura?

Share

Pelakon sensasi, Fattah Amin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.

Fattah Amin Failkan Saman

Terbaharu, tular satu perkongsian daripada  Musang Berjanggut berkaitan jadual prosiding sebutan kes mahkamah (MAL) pada 31 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang tertera nama kedua-dua pelakon itu.

Dalam jadual tersebut nama Abdul Fattah Mohd. Amin tertera sebagai Pihak 1 (plaintif) dan Nur Fazura Sharifuddin sebagai Pihak 2 (tertuduh).

Untuk ketahui lebih jauh isu ini, peguam yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan

ada menjelaskan berkaitan sebutan kes berkenaan menerusi satu temu bual satu portal hiburan.

Fazura Boleh Dipenjarakan Langgar Perintah

Menurut Fakhrul, Fattah didapati memfailkan satu permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte’ terhadap Fazura melalui prosiding komittal yang jika sabit kesalahan, Fazura boleh dipenjarakan kerana melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan yang diberikan kepada Fattah.

“Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.

“Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik,”

katanya lagi.

Boleh Diselesaikan Di luar Mahkamah

Kongsinya, pada hari berlangsungnya sebutan kes, hanya Fattah yang hadir ke mahkamah, kerana kes tersebut adalah ‘ex parte’ (sebelah pihak).

“Sebelum kita ambil tindakan perlu dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Tetapi peringkat untuk mendapatkan kebenaran itu pun tidak diluluskan oleh mahkamah,”

jelasnya.

Tambahnya lagi, perkara sebegitu boleh diselesaikan di luar mahkamah dengan kaedah negosiasi.

“Mungkin ada dua tiga kali yang Fatima sendiri tak mahu pergi kerana penat ataupun terlambat kerana ada kelas mengaji. Tetapi tahun ini Fatima dapat beraya bersama bapanya,” ujarnya.

Apa pun masalah mereka berdua, semoga kedua belah pihak boleh jernihkan keadaan demi pembesaran anak tersayang.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Fazura mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, manakala Fattah Amin diberi hak lawatan serta bermalam dua kali sebulan. Fattah juga dibenarkan bertemu Fatima tiga kali seminggu, termasuk bermalam.

Gambar: Fazura & Fattah Amin

Published by
Nadia