Fattah Amin Dan Fazura Kunci Mulut Pasal Kahwin, Tetapi Akhirnya…

Share

Masih ramai peminat yang menunggu khabar gembira daripada Fattah Amin Dan Fazura pada 23 November ini kerana katanya mereka akan adakan press conference bagi menjawab segala persoalan mengenai hubungan mereka.

Ini termasuk menerangkan tentang majlis yang diadakan di rumah nenek Fazura pada minggu lalu, yang dikatakan sudah bernikah.

Kalau anda ikuti perkembangan mereka berdua, pasti sedia maklum pasangan ini bersama keluarga masing-masing sedang menunaikan umrah di tanah suci dan terbaru, sebuah video di muat naik di Instagram yang mana ibu Fazura mendoakan jodoh anaknya berkekalan.

Majlis Kahwin Ke?

Ada sumber mengatakan, terdapat khemah serta dilengkapi hiasan majlis kahwin, turut dihadiri keluarga pihak lelaki dan perempuan serta rakan baik dan pengurus di majlis tersebut kira-kira jam 8 malam.

Sumber berkenaan juga memaklumkan bahawa Fazura dan Fattah Amin dikatakan akan bernikah menyebabkan rumah nenek Fazura diserbu oleh wartawan.

Apabila ingin memasuki kawasan rumah, adik serta pembantu peribadi Fazura telah mengawal ketat laluan masuk kediaman itu, malah menutup pagar setelah menyedari kehadiran wartawan.

Bagi memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai, kesemua kereta tetamu ditahan dahulu sebelum dibenarkan masuk.

Sumber turut menghubungi pembantu pereka fesyen Rizman Ruzaini yang hadir ke majlis itu, bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut.

“Kenduri kesyukuran kot? Saya tak boleh nak berikan sebarang jawapan dan komen lebih lanjut,” katanya.

Menurut pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali sebagai Acha enggan mengulas lanjut mengenai berita khabarnya pelakon itu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Fazura pada malam tadi.

“Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah,” katanya.

Acha hanya memaklumkan bahawa dia dan Fattah sedang melakukan persiapan untuk terbang ke Tanah Suci yang dijadual berlepas pagi ini.

“Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,” katanya.

Pada awalnya, Acha menafikan tidak ada sebarang majlis berlangsung bagaimanapun muncul dengan mengenakan jubah putih.

Hasil tinjauan mendapati khemah yang didirikan di perkarangan rumah terbabit dihiasi dengan dekorasi seperti sebuah majlis perkahwinan disamping kawalan ketat juga diletakkan di jalan masuk ke kawasan perumahan terbabit.

Tapi kalau Betul Seperti Yang Disebarkan Ini…

Haa… orang bina masjid, jadi kita kenalah doakan. Nak lagi tepat, kita tunggu saja berita esok lusa dalam majlis sidang medianya nanti, ya!

Mohon Doa Yang Baik-baik Buat Fattah Amin Dan Fazura

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

Pasangan turut memohon peminat untuk mendoakan yang baik-baik, malah Fazura dalam kenyataannya menerusi akhbar ini berjanji untuk berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya dengan pelakon itu.

Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.

Apa-apa pun semoga mendapat umrah yang mabrur kepada pasangan ini. Kawin atau tidak, kita doakan yang baik- baik buat mereka.

IKLAN