Farid Kamil Dimata Diana Danielle, Miliki Hati Yang Lembut, Suami & Ayah Yang Terbaik!

Share

Benarlah didalam perkahwinan, hanya seorang isteri yang benar-benar memahami hati budi dan perangai seorang suami baik luaran mahupun dalaman.Orang hanya boleh menilai dari segi luaran, hakikat yang sebenar segala sifat dan perangai tersembunyi seorang suami tu, hanya isterinya sendiri yang lebih mengerti.

Meskipun pasangan Datin Diana Danielle Beeson,27 dan Dato’Farid Kamil Dato’ Dr. Zahari , 37 pernah berhadapan dengan dugaan dan ujian sebelum ini, namun jodoh mereka kuat dan saling menyokong dan percaya diantara satu sama lain.Mendirikan rumahtangga pada 2012, pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata Muhammad,6 dan Nur Aurora,3.

Baru-baru ini Diana Danielle ada memuatkan ucapan hari lahir buat suami tersayang.Yang menariknya, luahan Diana mengenai Farid Kamil dari kaca mata seorang isteri cukup menyentuh hati.Meskipun secara perawakan Farid dilihat tegas, sering melakonkan watak antagonis dan aksi lagak ngeri namun tak sangka rupanya pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba ini merupakan seorang yang miliki hati lembut pada anak-anak dan isteri. Malah bagi Diana sendiri Farid merupakan suami dan ayah yang terbaik buat anak-anak mereka.

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Selamat Hari Lahir buat ayah yang terbaik setiap anak inginkan.
Saya suka lihat bagaimana sayang awak pada anak-anak kita dan bagaimana awak sangat melindungi mereka.

Kalau anak jatuh dia lari dulu, reflek pun bagus kadang-kadang anak baru nak tergolek dia dah sambut, dia dulu yang panik dan dia dulu yang cepat bertindak.

Bila saya mulai marah pada anak-anak, Farid yang kadangkala akan keluar bilik dulu sebab dia miliki hati yang lembut.Dia tak tahan untuk lihat saya jadi,’raksasa’ dan jika dia yang marah anak-anak, dia akan rasa sangat bersalah selepas itu walaupun dia tahu, itulah perkara yang dia patut lakukan.

Inilah cinta dan sayang yang merentasi lautan api dan inilah juga merupakan sebab kenapa saya sangat mencintai awak.

Awak adalah ayah dan suami yang terbaik yang sentiasa sokong apa yang saya dan anak-anak nak buat.

Selamat ulangtahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya, semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa bersama awak.”

Selamat ulang tahun Farid Kamil, semoga keluarga kecil ini diberi kebahagiaan buat selama-lamanya.

Sumber: Dianadanielleb

IKLAN