Farah Lee ‘Ajak’ Rakyat Malaysia Pakai T-Shirt Putih Sebagai Tudung Malam Ini Di KLIA, Tanda Solidariti

Share

Farah Lee Seru Solidariti Rakyat Malaysia Di KLIA

Personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee, menerusi laman Instagramnya menyeru rakyat Malaysia untuk memakai baju T-shirt putih sebagai simbol hijab ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

Simbol Hijab Sebagai Tanda Sokongan

Menurut Farah Lee, tindakan itu bertujuan menunjukkan sokongan moral kepada wanita Palestin yang terus menghadapi penindasan dan penghinaan terhadap nilai Islam. Katanya, serangan terhadap wanita, khususnya yang berhijab, jelas menunjukkan usaha sistematik untuk menghina serta menjatuhkan identiti Muslimah.

“Dari Gaza hingga Kuala Lumpur, semangat wanita Muslim tidak pernah luntur,” tulisnya sambil menegaskan bahawa solidariti ini bukan sekadar pakaian, tetapi manifestasi maruah dan kekuatan iman yang tidak dapat ditundukkan oleh mana-mana rejim,” ujarnya.

Delegasi Malaysia Bukti Keutuhan Maruah Muslimah

Farah Lee turut menyatakan bahawa delegasi wanita Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan menjadi bukti bahawa maruah dan prinsip tidak boleh dikalahkan dengan senjata mahupun penjajahan. Sebaliknya, tekanan yang dihadapi menjadi bahan bakar untuk memperkukuh solidariti antara umat Islam di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, seruan itu bukan sekadar satu perhimpunan, tetapi panggilan hati nurani untuk berdiri bersama mereka yang dizalimi. “Ia lambang kasih sayang dan persaudaraan rentas sempadan yang menyatukan kita sebagai satu ummah,” katanya lagi.

Panggilan Solidariti Untuk Semua

Panggilan Solidariti! Bersama saya, Farah Lee dan Delegasi Malaysia. IOF sangka mereka sudah menjatuhkan maruah wanita Muslim, tetapi mereka lupa, selagi ada sehelai benang pada tubuh, wanita Muslim akan tetap berusaha menutup auratnya dengan penuh harga diri. Tindakan mereka tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya menjadi modal untuk kita bersolidariti!

Mari kita sama-sama penuhi KLIA dengan berpakaian T-shirt putih sebagai simbol hijab, tanda sokongan dan kasih terhadap delegasi wanita Malaysia serta wanita-wanita di Palestin yang terus berjuang dalam penindasan,” tulisnya lagi di Instagram.

Seruan Untuk Semua Lapisan Rakyat

Seruan ini bukan hanya ditujukan kepada wanita, tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan. Farah Lee menyeru agar semua tampil ke KLIA dengan berpakaian putih sebagai tanda kebersamaan dan penghormatan kepada mereka yang terus mempertahankan maruah, agama dan hak asasi.

“Mari kita zahirkan kasih dan solidariti ini melalui simbol kesatuan — putih yang melambangkan suci, hijab dan kekuatan iman,” katanya mengakhiri seruan yang kini mendapat sambutan luar biasa di media sosial.

Sumber: Instagram Farah Lee

 

Artikel lain: Umie Aida Pilih Raikan Aktivis Global Sumud Flotilla Dengan Majlis Ilmu

Ardell Teruk Dibuli Sampai Tahap Diugut Anak Dibunuh, Bukan Sekadar Ditumbuk, Diejek, Direntap Tudung

 

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has