Kehidupan manusia tidak lari daripada pasang dan surutnya. Tiada seorang pun daripada kita terlepas daripada ujian hidup sama ada diuji senang, susah, sakit atau mewah. Setiap satunya adalah ujian daripada Allah SWT.

Insyallah. Bersabarlah, esok mungkin lebih baik. Sudah pasti ada ganjaran atas kesabaran dan air mata kita. Percayalah.

Ikuti dan fahami perkongsian Firdaus Shakirin ini:

“Sabar, mungkin esok lebih baik dari hari ini…”

Pujuk hati sendiri walau tiada sesiapa pun yang ingin memujuk diri kita… Fahamkan hati sendiri walau tiada sesiapa pun yang faham akan diri kita… Ubati kelukaan itu atau biarkan ia sembuh sendiri…

IKLAN

Jika ini takdir yang perlu kita lalui, maka kita kena lalui…

Takdir Allah ini banyak hikmahnya… Kita hanya akan merasai hikmahnya andai kita berjaya dalam ujian tersebut… Selagi kita masih belum berjaya, maka selagi itulah kita “tak nampak” apa yang Allah SWT sudah siapkan untuk kita…

Ganjaran dan balasan atas kesabaran, ketabahan dan penderitaan kita… Tak akan sia-sia setiap air mata yang menitis…

IKLAN

Hanya Allah Yang Menentukan

Yakin dengan setiap langkah yang kita buat… Tugas manusia dalam mengubah takdir ialah dengan berusaha… Jangan terus pasrah dan redha andai usaha itu hanya separuh sahaja…Berhasil atau tidak usaha itu, ianya hak Allah SWT untuk menentukannya…

Tidak akan mengalah dan putus asa seseorang yang sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah SWT.

IKLAN

Bagi orang lain, ianya ujian, tapi bagi dirinya, itu satu anugerah dari Allah SWT untuk mengangkat darjatnya, menjadikan dia lebih baik dari sebelumnya dan memberikannya sesuatu yang memang ditakdirkan untuk dia terima selepas dia sudah berusaha…

Usaha yang masih belum mendatangkan penyelesaian dan jawapan bukanlah satu kegagalan… Itu tandanya belum tiba masanya lagi untuk kita menerima apa yang sepatutnya menjadi takdir kita…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Dalam setiap ujian yang Allah turunkan kepada hamba-Nya pasti ada hikmah pada setiap satunya. Bersabar dan tabah kerana Allah pasti akan membalas setiap penderitaan yang kita lalui. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI