Ads

Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr E, Terima Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Seberat 102 Gram

Erra Fazira selamat bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin sepokok bunga emas seberat 102 gram. Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira sebentar tadi selamat bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain.

Memilih keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari serta tarikh menarik 12.12.2025, dengan sekali lafaz tepat jam 9,19 pagi tadi, dirinya kembali bergelar isteri selepas 10  tahun hidup sendirian.

Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr E, Terima Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Seberat 102 Gram
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada jam 9.19 pagi tadi

Penyatuan pasangan ini berlangsung  di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek tampil anggun mengenakan rona serba biru muda rekaan Rizman Ruzaini. Seri pengantin terpancar di wajah primadona tanahair ini tatkala melangkah masuk ke dewan pernikahan diiringi anak tunggalnya,  Engku Aleesya Engku Emran, 16 tahun yang mengenakan persalinan rona putih.

Ads
Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr E, Terima Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Seberat 102 Gram
Erra Fazira diiringi anak tunggalnya, Engku Aleesya di hari bahagianya

Menerima mas kahwin iaitu 24 dinar emas yang dibentuk menjadi sepokok bunga  seberat 102 gram, kedua pasangan ini mengukir senyuman manis tatkala selamat bergelar suami isteri.

Sesuatu yang berbeza, pasangan ini meletakkan kesemua barang hantaran dalam satu talam, berbeza dengan pernikahan biasa yang mana barang hantaran diletakkan dalam bekas berbeza.

Ads

Antara lain kata Erra Fazira, dirinya mahukan sesuatu yang ringkas dan praktikal memandangkan persiapan majlis juga agak suntuk.

“Selalunya orang (pengantin) buat lima berbalas tujuh dulang hantaran. Ada juga tujuh berbalas sembilan dulang.

Ads

“Tetapi kali ini kami nak buat kelainan sikit, tak payah nak pening-pening, tak perlu nak ada dayang-dayang bawa dulang hantaran, kita satukan semua dalam talam saja. Satu dulang tetapi dulang yang agak besar boleh masukkan semua barang hantaran,” katanya.

Antara yang menjadi tumpuan pada pernikahan Erra Fazira ialah barang-barang hantaran seperti  tas tangan berjenama mewah, jam tangan, kasut serta barangan kemas yang diletak di dalam talam sebagai hantaran perkahwinan.

Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr E, Terima Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Seberat 102 Gram
Barang hantaran mewah yang menjadi tumpuan ramai tetamu diterima Erra pada hari pernikahannya.

Majlis diadakan secara tertutup di mana mana tema putih menjadi pilahan pasangan ini dan ianya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan rapat serta pihak media sahaja. Sekadar info, ini adalah perkahwinan ketiga buat Erra Fazira dan kedua buat Ezwan Zain.

Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr E, Terima Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Seberat 102 GramBerbeza usia sekitar tujuh tahun di mana Ezwan berusia 44 tahun dan merupakan pemilik Kueh Cafe, kisah cinta mereka menjadi tumpuan pada tahun ini sebelum keduanya mengikat tali perhubungan sebagai suami isteri. Di doakan agar pasangan pengantin till jannah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Lelaki Simpan Mayat Isteri Lepas Empat Hari Dibunuh

Kes lelaki simpan mayat isteri selama empat hari di Pulau Pinang mengejutkan penduduk setempat. Baca laporan penuh mengenai siasatan dan perkembangan terkini.