Empat tahun menanti si kecil, ciuman terakhir seorang ayah undang pilu. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Empat Tahun Menanti Si Kecil, Ciuman Terakhir Seorang Ayah Undang Pilu
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Ads
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Kumpul harta untuk bekalan akhirat, tak payah sibuk nak bagi harta pada anak. Jangan sibuk bagi anak harta, lebih baik kumpul ‘harta’ sendiri untuk bekalan akhirat dan bukannya sibuk fikirkan anak-anak.
Dalam hidup ini, ramai ibu bapa sanggup berhempas pulas bekerja siang malam semata-mata nak kumpul harta untuk anak-anak. Rumah, tanah, simpanan bank, semua itu dikumpul supaya anak-anak dapat hidup senang. Memang tak salah nak tinggalkan harta untuk mereka, tapi pernah tak kita fikir, cukup ke ‘harta’ kita sendiri untuk akhirat nanti?
Cuba bayangkan, kita sibuk ke sana sini cari duit, beli aset itu ini, pastikan anak-anak cukup segala keperluan. Tapi, dalam masa yang sama, kita lupa nak kumpul amalan untuk diri sendiri. Harta yang kita cari tu, bila kita meninggal nanti, semua tu akan tinggal pada anak-anak. Yang kita bawa cuma kain kapan dan amalan kita je.
Kita selalu fikir, kalau tak tinggalkan harta untuk anak-anak, nanti hidup mereka susah. Tapi, kalau kita tinggalkan anak dengan ilmu dan didikan agama yang betul, mereka tetap boleh berdikari. Yang lebih penting, anak-anak yang soleh inilah nanti yang akan mendoakan kita bila kita dah tiada.
Kita kena ingat, harta yang sebenar bukanlah rumah besar, kereta mewah, atau duit berjuta dalam bank. Harta yang sebenar adalah:
✅ Solat dan amal ibadah yang cukup – Ini yang akan jadi penyelamat kita di alam kubur nanti.
✅ Sedekah dan wakaf – Harta yang kita guna untuk bantu orang lain akan jadi saham akhirat kita.
✅ Ilmu yang bermanfaat – Kalau kita ajar orang lain perkara baik, selagi ilmu tu diamalkan, kita akan dapat pahala berterusan.
✅ Anak yang soleh – Doa daripada anak yang baik akan sampai kepada kita walaupun kita dah lama meninggal dunia.
Jangan Sampai Harta Jadi Punca Pergaduhan
Pernah tak dengar kisah adik-beradik yang bergaduh berebut harta peninggalan ibu bapa? Bila mak ayah dah tiada, mula timbul cerita siapa dapat lebih, siapa dapat kurang. Harta yang sepatutnya jadi rahmat, akhirnya jadi punca perpecahan dalam keluarga.
Kalau kita terlalu sibuk kumpul harta untuk anak-anak tapi tak ajar mereka erti syukur dan reda, besar kemungkinan mereka akan bergaduh pasal harta tu nanti. Sebab tu, lebih baik kita ajar mereka hidup sederhana, bersusah payah dengan usaha sendiri, dan paling penting, utamakan akhirat lebih daripada dunia.
Bagi Ustaz Hanafi, dia mempunyai pandangan sebegini tentang duit dan bab harta yang ditinggalkan selepas kematian.
Petang-petang ini ustaz nak kongsi pentingnya ada harta yang bermanfaat untuk diri kita selepas mati.
Kalau ada RM100 ribu dalam akaun, sudah tak guna bila meninggal dunia. Kecuali anak kita ada kesedaran dia wakafkan duit itu ke jalan agama.
Ini duit dalam akaun banyak.
“Kenapa banyak lagi duit tu haji?”
“Untuk simpanan hari tua ustaz.” Jawabnya
“Berapa umur haji?” saya tanya.
“80 tahun ustaz.” Jawab dia selamba.
80 tahun itu sudah hari tua dah tu.
Allah Tuan puan, orang cerdik duit itu wakafkan kepada masjid, surau, pondok, tahfiz dan kerja-kerja kebajikan.
Orang tak cerdik, dia sibuk fikir nak berikan pada anak. Anak-anak pula tholeh, bukan soleh.
Ingat, jadikan duit yang datangkan manfaat bila meninggal. Tulis wasiat pergi cari lawyer upah untuk buat wasiat. Bukannya mahal pun. Barulah anak itu sedar diri.
Saya tengok seorang lelaki tua, tentera zaman British paling lama makan pencen. Jaga isteri dia start umur 60 tahun. Dia jaga isteri dia sampai umur 70 tahun.
Umur dia tua 10 tahun daripada isteri. Sepanjang 10 tahun boleh kira anak 9 orang balik berapa kali. Raya pun tak balik. Tiba-tiba mak meninggal. Habis saja kenduri, anak-anak tanya ayah.
“Ayah, macam mana semua harta sepeninggalan mak tu. Ayah kena bahagikan ikut faraid. Anak-anak perempuan pula tak setuju ikut faraid.”
“Aku ni bengkak-bengkak mata menangis, kekasih hati meninggal dunia. Kamu, anak yang lahir daripada perut isteri aku, kamu boleh tanya apa yang ditinggalkan?” Balasnya dengan suara terketar-ketar menahan sedih.
“Tak apa, esok 11.30 pagi peguam datang dan dengar apa yang peguam akan terangkan.” Sambungnya lagi berlalu pergi.
Esoknya, peguam pun datang.
“Harta si mati telah diwakafkan kepada tahfiz. Malah rumah yang pakcik ni duduk, kalau mati nanti juga akan diwakafkan menjadi tahfiz Al-Quran.”
Panjang lebar lagi yang peguam terangkan.
Ya Allah! Hancur harapan anak-anaknya. Yang best pakcik ni jaga isterinya 10 tahun.
Ustazah yang mandikan makcik ni kata, bersih badan isterinya tak ada kudis pun walau sakit lumpuh.
Maksudnya suami jaga betul-betul sangat isterinya. Sejak hari tu, si suami berulang-alik ke kubur di Danau Kota, setiap hari selepas Solat Subuh selama 3 bulan.
Cukup-cukup 3 bulan, orang jumpa suaminya meninggal dunia di atas kubur isteri. Taqwa sama dengan isterinya. Suami juga mewakafkan seluruh harta kepada pihak masjid.
Kadang kala nak ajar anak lupa diri ni memang kena cara macam itu. Nampak kasar tapi pendidikan sampai akhirat, biar mereka ingat.
Nak buat macam mana, masa hidup sudah benci, masa mati memang anaknya lagilah benci.
Jangan salah faham, nasihat ustaz sekarang ni, fokus urus harta sebaiknya sebaiknya bukan sahaja untuk seronok di dunia bahkan untuk kesenangan akhirat.
Buat wakaf Buat infak berkala Jangan risau rezeki anak-anak.
Harta yang paling penting untuk ditinggalkan kepada mereka ialah ilmu yang bermanfaat.
Daripada ilmu itu mereka ikhtiar hidup, kumpul rezeki insyallah manfaat berpanjangan.
Rasa bersalah jika harta kita tidak membantu di alam sana. Jangan takut anak-anak tak ada rezeki mereka sebab Allah sudah siapkan rezeki setiap manusia.
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.” Surah Hud : 6
Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah telah mencatat takdir setiap makhluk 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.”
Hadith Riwayat Muslim “Seandainya kalian semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki pada burung. Burung keluar (mencari makan) di waktu pagi dalam kedaan perut kosong dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang”. Hadith Riwayat Tirmidzi
Ingat rezeki Allah luas Jadikan ia asbab untuk kita bahagia di dunia dan akhirat Jangan jadi orang yang rugi, harta untuk kesenangan dunia sahaja. Audit semula kewangan.
Berapa yang aku infaqkan untuk jalan Allah supaya dapat aku bersenang-senang di akhirat sana?
Ibu meraung, anak meninggal dirempuh pemandu langgar lampu merah. Tular di media sosial raungan seorang ibu yang menyaksikan anak kesayangan meninggal dunia selepas dirempuh oleh pemandu yang melanggar lampu merah. Lebih menyayat hati, mungkin sukar menerima kejadian ini,dirinya pitam di tempat kejadian.
Jelas kedengaran dirinya menyebut “anak aku, anak aku” sambil dirinya ditenangkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Dalam kejadian malam tadi, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas meninggal dunia selepas dirempuh pemandu kenderaan yang tidak berhenti di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Senawang.
Berdasarkan rakaman dashcam Haziq Adli Zulkiflee yang merakam kejadian ini, kereta Honda Jazz yang dinaiki dua orang remaja berusia 18 tahun bersama penumpang lelaki berusia 17 tahun dari arah Senawang ke Paroi didakwa tidak memberhentikan kenderaan meski pun lampu isyarat bertukar merah.
Bahkan ada saksi kejadian memaklumkan, “saya ada dekat lokasi tadi. Kalau tengok video dashcam tu lampu hijau dah start berkelip sebelum honda jazz tu memotong kereta ni. Lampu dah kuning then lepas dah motong lampu dah merah. Kalau ikutkan dia sempat je benti sebab jauh lagi tapi tak berhenti. Mungkin nak kejar lampu dan dia laju sangat. Kita tak tahulah then belah sana dah hijau dan start jalan. Kemudian berdentum dekat tengah tu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki berumur 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berumur 17 tahun dari arah Senawang ke Paroi.
“Tiba di lokasi kejadian, pemandu Honda Jazz dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal di sebelah kiri,” katanya.
Akibat rempuhan itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss yang cedera parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu dan penumpang Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal Honda Vario cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, G Sankar di talian 014-6000353.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sayur Campur Sentap Selera! Menu sayur campur memang tak pernah mengecewakan. Samada dicampur dengan udang, daging mahupun ayam. Paling penting jangan goreng lama sangat, hilang pula khasiatnya.
Menu sayur campur ini sedap lebih-lebih lagi dimakan dengan nasi panas dan telur mata atau telur dadar.
Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan menu Sayur Campur Sentap Selera! Untuk mak-mak hidangkan pada keluarga tersayang.
Udang – 10 ekor
Bawang putih – dipotong halus
Bawang merah – dipotong bulat
1 genggam ikan bilis
1 biji lobak merah
Kacang buncis
Kacang pea
Putik jagung
2 biji cili merah (dipotong halus)
1.Masukkan minyak di dalam kuali kemudian panaskan.
2.Tumis bawang putih hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah.
3.Bila sudah separuh garing masukkan ikan bilis.
5.Bila udang sudah berwarna keemasan masukkan pula kacang buncis, kacang pea, putik jagung, cili merah kemudian lobak merah.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini senarai lengkap kontak Kedutaan Besar Malaysia di negara Timur Tengah untuk rujukan rakyat Malaysia yang bekerja, belajar atau menetap di sana. Simpan untuk...