Emma Maembong & Suami Positif Covid-19 Tiada Sebarang Simptom, Syukur Baby Negatif

Share

Pelakon popular Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 29, dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif Covid-19, manakala bayi mereka yang baru berusia dua bulan negatif dari jangkitan virus berkenaan.

Ternyata Emma sendiri berasa terkejut dengan keputusan ujian calitan yang dijalankan.

Emma Maembong & Suami Akui Tiada Simptom

Berita itu dikongsikan sendiri Emma menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Emma, dia tidak mengalami sebarang simptom dan hanya mengetahui positif virus itu setelah menjalani ujian calitan (swab test) di rumahnya baru-baru ini.

“Buat swab test di rumah bersama Kumpulan Megaklinik Zahran. Sangat bagus dan profesional. Mereka datang ke rumah kami dan buat ujian,

“Saya tiada sebarang simptom tetapi keputusan ujian yang diperoleh selepas itu menunjukkan saya positif,” ujarnya.

Emma dan suaminya tidak mempunyai sebarang simptom, namun disahkan positif virus itu.

Nasihat Orang Ramai Jalani Ujian Calitan

Emma yang juga baru saja bergelar ibu itu turut menasihati orang ramai untuk turut sama menjalani ujian bagi mengetahui individu itu berada dalam keadaan baik atau tidak.

“Walaupun rasa sihat, buat je swab test sebab kita tak tahu jika kita ada (positif Covid-19) ke tak.

“Tolong jaga diri dan ikut SOP (prosuder operasi standard). Selamat menjalani kuarantin untuk saya,” ujarnya yang turut berkongsi hantaran sebuah video ketika menjalani ujian itu di rumah.

Puji Anak Tidak Menangis Ketika Ujian Calitan

Emma yang juga turut berkongsi video menjalani ujian itu menerusi akaun Instagram anaknya itu.

Dia yang kelihatan resah dan menangis bagaimanapun memuji anaknya itu yang tidak menangis ketika ujian di buat.

Baca Disini Juga:

Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang, Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Normal

Kini Sarat Mengandung, Emma Maembong Tidak Sangka Dikurniakan Rezeki Hamil Awal

Suami Menangis Kesyukuran Timang Anak Sulung, Emma Maembong Bersalin Normal

Bersama suami tersayang yang juga positif Covid-19.

Rakan Selebriti & Peminat Doakan Emma

Rata-rata rakan artis dan peminat turut mendoakan Emma dan suaminya cepat sembuh.

 

MW: Semoga Emma dan suami cepat sembuh.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Emma Maembong
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

IKLAN