Elfira Loy kongsi pengalaman diserang penyakit ain. Pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Elfira Loy menyifatkan penyakit ain bukan mitos, sebaliknya berpunca daripada hasad dengki atau pandangan mata iri terhadap kebahagiaan orang lain, dan boleh menyebabkan penyakit “seram” yang sukar dipulihkan jika tidak dirawat segera.
Perkongsian tersebut dihuraikan menerusi sebuah audio siar. Dek kerana sebelum ini terlalu berkongsi kebahagiaan keluarga di dalam media sosial, Elfira menyatakan dirinya pernah diserang penyakit ain hinggakan terjejas kejidupannya dan hubungan bersama suami.
Jika sebelum ini sukar mempercayai penyakit tersebut namun kini dia semakin berhati-hati.
“Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Orang tu tak buat apa-apa pun, tapi bila ada cemburu mendalam, kita boleh jatuh sakit,” jelas Elfira.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu juga yakin Allah sentiasa melindungi umatnya.
“Dulu saya tak terlalu percaya. Bukan tak percaya langsung, cuma saya yakin Allah sentiasa melindungi. Lagipun niat saya bukan untuk menunjuk.
“Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati,” sambung Elfira.
Menerangkan lanjut mengenai kesan pada dirinya, Elfira mengatakan emosinya menjadi tidak stabil.
“Saya jadi malas, lemah, cepat marah dan hubungan dengan suami pun jadi tak seronok.
“Tapi bila saya mula sakit, saya terus cari orang yang betul untuk rawat. Jangan biar berlarutan,” katanya.
Elfira kini semakin berhati-hati dalam berkongsi kisah keluarganya.
“Saya cuba elakkan kongsi cerita secara berlebihan.
“Semua rezeki ni datang daripada Allah, bukan sebab kita hebat. Jadi saya kembalikan semuanya kepada Dia,” cerita Elfira.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Baca Disini: Elfira Loy Terbang ke Qatar, Seronok Timba Ilmu Angkat Martabat Wanita Muslim
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.