Elfira Bangun 4 Pagi, Mula Mengaji Empat Juzuk Akhir Sehingga Asar

Share

Alhamdulillah, selepas Nora Danish berkongsi kisah khatam Al-Quran dengan penuh sebak, pelakon Elfira Loy pula menceritakan bagaimana akhirnya dia direzekikan khatam Al-Quran pada bulan Ramadan bertepatan jam 5.43 petang, 22 May ini.

Sebagai ibu kepada Muhamad Rayyan Khalaf yang masih kecil, tak mudah untuknya melaksanakan misi khatam Al-Quran nya itu.

Akuinya, debaran untuk menghabiskan bacaan itu semakin dirasai apabila hari ini anak kecilnya itu, seakan tak mahu lekang daripadanya. Nak berdampingan pula, walhal Elfira sanggup bangun jam 4 pagi

dan terus mengaji sehingga ke waktu Asar.

Ini perkongsian Elfira yang sarat dengan emosi.

Alhamdulillah Dengan Izin Allah , Jumaat 29 Ramadhan petang tadi El dah berjaya khatam. Syukur Ya Allah. Ramadhan tahun memang mencabar sangat nak khatam sampai rasa nak give up sebab terlalu letih & tak cukup masa.

“Being a wife and mother is really a big responsibility. Yang masih bujang tu gunakankah masa sebaiknya .

“This year, I tried to read the translation after every surah & tengok sinopsis sebab ambik masa lama. Best! Thanks to @ayeshasyahira for inspiring me walaupun dia tak sedar. Tapi kita takdelah tadabbur macam dia.

Bangun 4 Pagi, Terus Baca 4 Juzuk Akhir Sampai Asar

Tadi, I woke up at 4am and start reading the last 4juz I think until after asar tak lekang telekung mengaji mengaji mengaji. Feeling ni rasa macam kat Mekah. Rindunyaaaa

.

“Masa nak baca pastu tetiba Rayyan nak kat El je, serious rasa nak nangis takut tak sempat khatam. But Alhamdulillah I gilir gilir ngan mama baca Al-Quran. Mama dah khatam El pulak pulun. Leganyaaa Ya Allah sempat khatam.

 

Mahu Tunai Janji Bagi Duit Raya

“As promised to my telegram family, DiaryElmu, sempena khatam Al-Quran El harini, El akan bagi duit raya pada yang khatam Al-Quran selama 50 orang. Tu memang nazar El nak khatam. InshaAllah esok El agihkan 🙂 Terima kasih yang bagi semangat kat El & mendoakan El

.”

 

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

MW : Alhamdulillah, dengan membaca Al-Quran hati akan menjadi tenang.

Sumber/Foto : Elfira Loy

Published by
NETTY AH HIYER