Dunia Kagumi Kapten Mehmed Kucuktikin, Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Ditahan Hanya 9 Batu Nautika Dari G4za

Share

Dunia kagumi Kapten Mehmed Kucuktikin, kapal Mikeno dinaiki Ardell ditahan hanya  9 batu nautika dari G4za. Kapal kecil Mikeno menjadi tumpuan dunia  selepas dikatakan berjaya menghampiri  pantai Gaza pada berjarak 9 batu nautika  sebelum ditahan oleh tentera laut Israel semalam.

Kisah ini mengangkat nama  mengangkat nama Kapten Mehmet Kucuktikin dari Turkiye sebagai simbol kejayaan peribadi buat dirinya dan ketabahan apabila beliau dikatakan  mengemudi bot dengan penuh strategi  merentas Laut Mediterranean sebelum berdepan berdepan armada moden Israel yang lengkap dengan senjata berat dan radar canggih.

Dikatakan Kapten Mehmed belayar dengan penuh strategi. Dirinya menggunakan  taktik navigasi zig-zag untuk mengelak radar pengesan. Dikatakan beliau memperlahankan serta mempercepatkan haluan agar kapal sukar dipintas walau menyedari peluang untuk melepaskan diri amat tipis.

Lebih simbolik, kru sempat menghantar mesej radio terakhir, “We see land”, menandakan mereka sudah nampak pantai Gaza sebelum ditahan. Mesej ini kini dianggap detik bersejarah, ibarat kemenangan moral yang menandakan blokade Israel tidak mampu memadamkan tekad kemanusiaan.

Ardell Aryana Turut Di Atas Kapal

Antara penumpang Mikeno ialah aktivis, Ardell Aryana yang dilaporkan tidak dapat dijejaki semalam selama lebih 20 jam sehingga mendatangkan kerisauan kepada ramai pengikutnya.

Ardell Aryana atau nama Nurul Hidayah Mohd Amin dilaporkan hilang jejak seketika di saat rakan-rakan aktivis dari Malaysia mula ditahan satu persatu dalam bot dinaiki mereka dalam misi Global Sumud Flotilla ini.

Demi mengabaikan kenangan pernah berada dalam satu kapal bersama-sama, dikatakan semua krew yang menaiki Mikeno sempat mengabaikan kenangan sehari sebelum ditahan secara tidak sah oleh Zionis di perairan antarabangsa.

Krew MIkeno sempat mengabaikan kenangan bersama sehari sebelum kapal ditahan zionis.

Misi Mikeno kini disamakan dengan flotilla Mavi Marmara pada tahun 2010. Namun, Kapten Mehmed dikatakan mencatat sejarah kerana berjaya membawa kapalnya lebih hampir ke Gaza berbanding mana-mana percubaan dalam lebih satu dekad.

Walaupun Zionis  menafikan ada kapal yang berjaya menembusi blokade, dunia tetap memuji keberanian Mehmed dan aktivis antarabangsa termasuk Ardell  yang mempertaruhkan nyawa demi membawa solidariti kepada Pal4stin.

Di saat sama ada benar atau tidak Mikeno menghampiri pantai G4za dalam jarak 9 batu nautika, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby ketika diminta mengulas dakwaaan itu kerana Mikeno dikatakan berada paling hadapan dalam flotila dan berdekatan perairan wilayah itu, Sani Araby berkata, pihaknya menolak spekulasi berkenaan berdasarkan maklumat dan pola tindakan yang pernah berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, difahamkan kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah dipindahkan ke darat dalam masa terdekat untuk tujuan soal siasat dan tahanan sementara oleh Israel. Teruskan berdoa buat G4za dan dipermudahkan urusan aktivis-aktivis yang kini dibawa ke penjara kejam Israel.

Published by
Almaswa Haji Che Ros