Dulu Pelajar Inilah Kerap Ponteng Kelas, Hari Ini Dia Berbakti Dekat Pensyarahnya

Share

Semasa belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, pelajar bernama Haqim ini antara yang kerap ponteng kelas. Bila mana dia mendapat perkhabaran, pensyarahnya kemalangan dan suami pensyarah meninggal dalam kemalangan bas itu, dia tekad mahu tebus kesalahan.

Selepas tragedi malang itu, Ezatul Marini meneruskan rawatan di hospital. Lama dia di sana, walaupun hatinya berasa rindu mahu pulang ke Semenanjung, faktor kesihatan menyekatnya pulang.

Dekat sebulan terima rawatan, akhirnya ibu ini dibenarkan pulang dan perlu menaiki kapal terbang. Di sinilah berlakunya peristiwa yang menyentuh hatinya sebagai pensyarah.

Di hari saya tiba dari Kota Kinabalu, sebaik tiba di KLIA, dek kerana saya tidak mampu berjalan, saya diminta tunggu petugas lapangan terbang untuk menjemput saya turun dari kabin dan berpindah ke kerusi roda.”

Menanti dijemput dengan kerusi roda kabin, akhirnya saya nampak kelibat 4 anak muda datang menghampiri tempat duduk saya.

Assalamualaikum Puan. Sihat hari ni?” ramah anak muda yang seorang ini menegur.

Puan masih mengajar?”

Terus saya bertanya, “awak ex- PSAS ye?”

Rupanya beliau bekas anak murid saya yang saya ajar semasa beliau di Semester 4.

Setiap hari saya belek nama penumpang dari KK. Saya tau Puan tentu akan balik. Hari ni bila saya telek nama tu dan sah nama puan, lekas- lekas saya bagitahu kawan, saya nak jemput, tu pensyarah saya.

Alasan beliau amat comel, beliau hendak tebus kesalahan selalu ponteng kelas English masa belajar di PSAS.

Alhamdulillah. Basah hati mak guru bila disantuni anak didik sendiri.”

 

Berlari-lari Anak Didik Ini Jemput Saya Dari Kabin

Sebenarnya, dalam kemalangan bas itu, anak Ezatul juga alami kecederaan. Dan selang beberapa minggu, dia dibenarkan pulang ke Semenanjung.

Hari ini Kakak Ya akan sampai dari KK. Saya sekadar maklumkan beliau (Haqim). Lekas, dia menjawab, saya baru habis shif tapi takpe puan petang nanti saya pergi tunggu dia di airport.

Puas saya khabarkan tak perlu susahkan diri. Kalau dah habis shift, rehatlah saja…tapi beliau bertegas nak membantu.

Kurniakan anak ini sebanyak- sebanyak rahmat dan kebaikan ye Ya Allah…

Anak didik yang amat berbudi pada kami… minggu lepas beliau berlari- lari jemput saya dari kabin.”

Minggu ini segera juga dia membantu Syahirah Nafeesa walau dah tamat waktu kerja.

Terima kasih Haqim sekali lagi. Semoga Allah balas kebaikan kamu di dunia dan akhirat

 

Ini Yang Paling Berbekas Di Hati

MW menghubungi ibu ini untuk bertanyakan lanjut kisah inspirasi anak muda ini, “dia pelajar diploma kejuruteraan mekanikal. Saya pernah mengajar semasa dia di Semester 4. Saya ajar dia Communicative English 3.”

Semasa di politeknik, saya kurang rapat dengan kelas mereka sebab kekangan kesibukan kerja. Suatu masa dulu saya ada “bond” yang kuat dengan pelajar tetapi dengan kohort mereka saya macam hanya penuhi tuntutan kehendak melengkapkan tanggungjawab mengajar. Namun saya cuba sedaya upaya membimbing mereka.”

Memandangkan kelas mereka hanya berjumpa saya 2 kali seminggu (sesi 2 + 1 jam) dan saya kerap sibuk dengan hal tugas sampingan, saya kurang mengenali dia dan rakan- rakan.”

Walaupun pensyarah ini kurang jelas dapat mengingati pelajar yang pernah dididiknya, Haqim terus mengingati akan gurunya.

Sebaik kejadian berlaku, kisah kami diviralkan kepada semua pelajar dan alumni politeknik.

Yang amat berbekas di hati saya bila dia kata, “Saya takkan lupakan puan sebab puan pensyarah yang lembut dan tidak pernah marah- marah. Bila saya kerja, segala pesanan puan tentang perlu rajin berlatih guna Bahasa Inggeris rupanya memang benar dan kami perlu, saya jadi teringat sangat dengan puan.

Beliau antara beribu pelajar saya yang selalu buat saya rasa segala apa yang saya kongsikan dengan pelajar memberi beribu erti kepada saya. Sebab mereka saya tidak pernah kesal menjadi seorang pendidik

.”

 

Sudah 25 Tahun Jadi Pendidik

Tahun ini merupakan tahun ke-25 Ezatul menjadi pendidik.

Saya mengajar di sekolah rendah selama 3 tahun, 1 tahun di sekolah menengah dan 16 tahun di politeknik. Sela antara itu adalah ketika saya cuti belajar peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.”

MW mendoakan semoga guru dedikasi ini diberi kesembuhan olehNya. Akibat kemalangan itu, beliau memaklumkan mengalami patah tulang femur sebelah kiri dan telah menjalani pembedahan memasukkan implan pada 29 November tahun lalu.

Saya perlukan 6 minggu untuk kuatkan implan sebelum dibenarkan berdiri guna 2 kaki. Saya perlu berkerusi roda untuk jangkamasa lebih kurang 3 bulan. Selepas ini saya akan mula menjalani fisioterapi selain rawatan rutin yang lain.”

Sumber/Foto : Ezatul Marini

IKLAN