Inspirasi

Dulu Hanya Jual Sosej Tepi Jalan, Kini Fatin Bangkit Raih RM40 Juta Setahun

Share

Dulu hanya jual sosej tepi jalan, kini Fatin bangkit raih RM40 juta setahun. Dahulu, dirinya hanya  berjualan sosej di tepi jalan. Pemergian suami tercinta akibat kanser  lebih menambah  kesusahan namun satu ayat pesanan arwah suami membuatnya bangkit keluar dari kemiskinan.

Antara kata terakhir suami, “kalau saya tak ada, awak mesti teruskan. Awak boleh berjaya. Saya tahu awak kuat.” Dan kerana kata-kata itulah, dari pendapatan hanya cukup makan kini Fatin Adriana Mohd Mazri yang juga pengasas  Adriana Gold mampu menjana pendapatan RM40 juta setahun. Satu lonjakan angka yang sedikit pun tidak pernah terfikir olehnya namun hari ini dia menikmatinya.

Fatin mampu menjana pendapatan tahunan sebanyak RM40 juta tahun lalu dengan tiga cawangan kedai emasnya.

Sedar dirinya bukan lahir dari dulang emas namun kemiskinan boleh diubah jika berusaha keras kerana di bahunya ada mulut perlu disuap.

“Dulu jual sosej tepi jalan saja dan kemudian buat dropship emas dari rumah. Sedikit demi sedikit saya tengok ada sedikit untung. Namun laluan kesenangan hidup tak sebegitu mudah kerana ada manusia tamak yang mengambil kesempatan. Saya pernah ditipu RM10,000 yang membuatkan saya menangis terduduk.

Namun ujian demi ujian itulah membuatkan hatinya cekal hingga dirinya mampu membina empayar emasnya sendiri hari ini, Adriana Gold yang kini sudah mempunyai tiga cawangan dengan marjin untung jutaan ringgit.

Rekaan emas terkini dari Adriana Gold

Impiannya menjadi senang dipermudahkan Allah tatkala bertemu mentor perniagaan hebat, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman di mana dirinya menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang kini dikenali sebagai Transformasi360 oleh RichWorks selepas diperkenalkan oleh kawan. Dan ternyata ia menjadi titik tolak kepada kejayaannya hari ini.

Tidak berdiam dirinya, menyedari dirinya dahagakan ilmu, Fatin  terus melangkah ke program Millionaire Marketing Mastery (MMM), pementoran Spire dan akhirnya The Titan, bimbingan berterusan paling eksklusif.

Dalam tempoh yang tidak lama, jualan emasnya  melonjak dari RM30,000 kepada RM700,000 sebulan.  Fatin bukan sekadar bangkit tetapi kini berdiri sebagai inspirasi kepada ribuan wanita lain.

Transformasi Fatin adalah bukti bahawa kejatuhan bukanlah pengakhiran. Ia hanyalah permulaan kepada satu keputusan baru untuk tidak mengalah walau pun dalam badai.

Jelas Pengasas dan Presiden Syarikat Kumpulan RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, hari ini ada ramai usahawan yang sedang bergelut dengan tekanan kehidupan. Hilang motivasi dan rasa bersendirian.

Dan kerana itulah dengan ilmu yang dianugerahkan kepadanya, RichWorks Academy bakal  menganjurkan semula program khas untuk membantu usahawan, Transformasi360: Bangkit Dalam Badai.

Program ini akan berlangsung pada 5 hingga 7 September 2025 bertempat di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Center, Cheras, Kuala Lumpur.

“Transformasi360 yang diadakan pada Mei lalu, jumlah kehadiran peserta adalah seramai 3500 dan kami yakin boleh membantu lebih ramai orang yang ingin berjaya dalam perniagaan atau mendapat ilmu dengan mentor yang tepat.

“Tranformasi ini tidak terhad kepada usahawan saja. Tak kisah siapa anda, suri rumah atau mereka yang bekerjaya. Kalau ingin mengubah kehidupan, jadi lebih senang. Di sini kami ingin berkongsi ilmu yang boleh mengubah 100 peratus hidup anda.

“Kita akan tunjukkan jalan keluar dari cabaran. Ramai sudah menemui kejayaan dan inilah yang akan dikongsikan dengan anda semua semasa program Transformasi360 nanti.

“Transformasi360 ini bukan program motivasi biasa. Ia bukan sekadar tempat untuk mendengar ceramah atau berkongsi rasa. Ia adalah ruang sebenar untuk seseorang mencari arah, merawat luka jiwa dan membina semula kekuatan yang telah lama hilang. Ia adalah tempat untuk anda berhenti seketika, merenung diri dan membuat keputusan yang akan menentukan ke mana hidup anda selepas ini.

Program ini sesuai untuk wanita atau lelaki yang sedang berjuang dalam bisnes, ibu tunggal yang keletihan, suri rumah yang hilang keyakinan diri atau wanita bekerjaya yang penat memikul beban tanpa sokongan. Ia juga terbuka untuk sesiapa yang pernah rasa cukup segalanya tapi masih kosong di dalam,” jelas Prof Dr Azizan.

Bukan magik tetapi ruang untuk berjaya sentiasa terbuka kepada orang-orang yang ingin berubah. Transformasi360 adalah jawapan kepada anda yang mahukan kehidupan yang ada keyakinan dan mahukan ketenangan hidup.

Untuk maklumat lanjut, layari www.transformasi360.com sekarang.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros