Duda maut ditikam di hadapan rumah, baru dua minggu bertunang. Seorang lelaki yang maut ditikam di hadapan rumahnya di Taman Seri Pagi, Senawang semalam, baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hati kira-kira dua minggu lalu.

Duda Maut Ditikam Di Hadapan Rumah, Baru Dua Minggu Bertunang

Menurut adik mangsa, Muhammad Amirul Hakim Mohd. Niza, 27, dia sepatutnya menemani abang sulungnya, Muhammad Amirul Rasyid, 28, yang merupakan duda, untuk membeli barang hantaran pada hari kejadian, namun hasrat itu tidak sempat dilaksanakan.

“Abang menduda sejak tiga ke empat tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Duda Maut Ditikam Di Hadapan Rumah, Baru Dua Minggu Bertunang

“Sepatutnya abang akan berkahwin dengan tunangnya yang berasal dari Sendayan tahun ini,” katanya.

Anak kedua daripada 12 beradik itu berkata, pada waktu kejadian sekitar jam 6.40 petang, dia sedang duduk bersama arwah di luar rumah dan ternampak sebuah kereta, dipercayai milik suspek, diletakkan bersebelahan.

Ads

“Saya sangka itu (suspek) kawan abang. Tiba-tiba suspek datang ke arah abang dengan sebelah tangan di belakang lalu menikam dada.

“Saya segera pegang suspek untuk selamatkan abang kerana dia masih memegang pisau sebelum menjerit memanggil abah. Lelaki itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap jiran yang mengikatnya dengan tali,” jelasnya.

Tambahnya lagi, arwah abangnya meninggal dunia di pangkuannya sendiri, malah sempat menyebut nama Allah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Duda Maut Ditikam Di Hadapan Rumah, Baru Dua Minggu Bertunang

“Masa kejadian, kami semua 12 beradik, emak dan ayah berada di rumah. Emak hampir pengsan kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan ketumbuhan di otak,” ujarnya.

Ads

Muhammad Amirul mengakui kehilangan itu sangat dirasai kerana dia dan arwah mempunyai hubungan rapat serta sering bersama ke mana sahaja.

“Kira-kira 10 minit sebelum kejadian, saya dan arwah abang baru pulang berjalan bersama anaknya,” katanya yang memberitahu anak arwah tinggal bersama mereka sejak berpisah dengan bekas isteri.

Jenazah Allahyarham Muhammad Amirul Rasyid yang dibawa pulang dari Jabatan Forensik, Hospital Rembau, disolatkan di Surau Taman Seri Pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Heights.

Ads

Sumber: Kosmo Kosmo 1

Baca artikel lain juga: Ibu Syamsul Haris Dedah Wujud Tanda Pada Dada Arwah, Ada Kesan Umpama Ditikam, Terkena Objek Tajam

Ibu Pelatih PALAPES UTM Gesa Bedah Siasat Kedua Dijalankan Bersedia Kubur Anak Digali Semula

Ibu Tunggal Desak Siasat Kematian Anak “Saya Syak Anak Dicederakan, Dipukul, Dibelasah Hingga Maut

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI