Dua Minggu Nak Raya, 30 Peniaga Bazar Masjid India Diuji Gerai Terbakar

Share

Allahu.. awal pagi ini mendapat perkhabaran duka. Kira-kira 30 peniaga bazar Masjid India terpaksa menerima kenyataan apabila gerai mereka musnah dijilat api.

Kebakaran berlaku di hadapan Wisma Yakin, Masjid India ini cukup tragis untuk para peniaga ini. Apatah lagi, dalam dua minggu terakhir ini orang ramai sudah mula membuat persediaan membeli belah untuk sambutan Aidilfitri yang bakal tak lama lagi.

 

Kredit foto : Akhiroth Ov Heyrold

 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi panggilan kecemasan talian MERS999 pada jam 1.35 pagi. Kira-kira 1.45 pagi Bomba Penyelamat tiba di tempat kejadian dan berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 2.04 pagi.

Gerai-gerai di hadapan Wisma Yakin ini antara pusat tumpuan membeli belah menjelang Aidilfitri. Pakaian, beg dan kasut antara yang musnah dalam kebakaran. Bagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sehingga pagi ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

 

Kredit foto : Akhiroth Ov Heyrold

 

Ujian Buat 30 Peniaga Bazar Masjid India

Menerusi siasatan awal yang dijalankan. Kebakaran 30 gerai yang terletak dalam dua deretan di bazar itu membabitkan keluasan sekitar 50 kaki persegi

.”

Pihak Bomba juga memaklumkan, ketika operasi memadam kebakaran pihaknya berdepan sedikit kesukaran. Banyak kenderaan yang di parkir di sekeliling kawasan berkenaan.

Balai yang terlibat dalam operasi memadam kebarakan adalah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Pudu.

 

 

Sungguh, ini dugaan Ramadan untuk para peniaga bazar ini. Kita tak pernah tahu bagaimana perih jerih mereka mencari modal berniaga di bazar ini. Dugaan ini teramatlah berat untuk ditanggung, semoga para peniaga ini diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan berat ini.

Sekalung tahniah untuk pihak Bomba yang bertindak pantas mengawal api marak dalam situasi cemas kebakaran.

MW : Sayu sungguh bila lihat rangka sisa kebakaran ini. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan mereka yang terlibat. Semoga ada hikmah yang besar untuk 30 peniaga ini di sebalik tragedi yang berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Sumber/ Foto : Bernama, Harian Metro, Akhiroth Ov Heyrold

IKLAN