Berita

Dua Beradik Pelajar Vokasional Maut Langgar MPV Rosak, Selamat Dikebumikan

Share

Dua beradik pelajar vokasional maut langgar MPV rosak di Lebuhraya PLUS Sungai Petani menghala ke Bertam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batas Ubi, Teroi, kira-kira jam 3 petang hari ini.

Dua Beradik Pelajar Vokasional Maut Langgar MPV Rosak

Dua Beradik Pelajar Vokasional

Abang dan adik perempuan yang berasal dari Guar Chempedak itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke asrama di Kolej Vokasioanal Nibong Tebal tetapi mereka melanggar MPV berhampiran Sungai Muda.

Terdahulu, jenazah Siti Nur Zulaikha Muhammad Shukor, 18, dan abangnya, Luqman Norais, 19, dibawa ke Masjid Al Hannan Pekan Teroi untuk disembahyangkan.

Selamat Dikebumikan

Sekadar info, kedua-dua beradik itu adalah pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Lebih 300 orang hadir termasuk rakan kedua-dua beradik itu dan warga kolej terbabit hadir pada majlis pengebumian itu.

 

Dalam kejadian itu, Siti Nur Zulaikha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala abangnya meninggal dunia di Hospital Kepala Batas di Pulau Pinang.

Al-Fatihah buat kedua-dua mangsa dan salam takziah kepada kDua Beradik Pelajar Vokasional eluarga mereka.

Info: Penang Kini

Published by
Nadia