Berita Sosial

Tragedi Berdarah, Dua Anggota Tentera Maut Terkena Bom Tangan Ketika Latihan di Kem Hobart

Share

Sudah sampai ajalnya, dua anggota tentera maut apabila terkena bom ketika menjalani latihan di Gurun. Ramai yang turut simpati dengan apa yang berlaku, namun tiada siapa mampu menolak takdir Allah.

Apa yang berlaku pasti ada sebabnya, cukuplah kita doakan yang baik-baik buat dua arwah yang telah menemui Sang Pencipta.

Tragedi Berdarah

Menurut sunber berita, mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi bin Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), maut selepas terkena letupan bom ketika menjalani Latihan Membaling Grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun.

Dua Anggota Tentera Maut Terkena Bom Tangan Ketika Latihan di Kem Hobart

Kedua-dua anggota telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Jenazah akan dihantar ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani post mortem.

Tentera Darat Malaysia memberi jaminan bahawa segala aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan.

Sama-sama kita mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Sumber: Geng Keselamatan Negara

Published by
Nadia Mohamad