Drama Filem

Drama Manam: Rahsia Gelap & Pengkhianatan Mengejutkan Dalam Keluarga Berpengaruh

Share

Drama Manam membawa penonton menyelami kehidupan sebuah keluarga kaya yang kelihatan sempurna dari luar, namun sebenarnya penuh dengan rahsia, konflik dan hubungan terlarang. Di sebalik kemewahan serta empayar perniagaan yang gah, setiap ahli keluarga menyimpan kisah yang boleh menggoncang seluruh institusi keluarga mereka.

Kisah ini menampilkan realiti bahawa kekayaan dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan. Malah, semakin besar pengaruh yang dimiliki, semakin besar juga tekanan, pengkhianatan dan rahsia yang terpaksa disembunyikan demi menjaga reputasi keluarga.

Baca juga: Astro Home of Drama menyemarakkan Ramadan dengan kisah kebangkitan seorang wanita dalam karya terbaik Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya 2. STRIM di Astro One

Drama Manam: Wanita Kuat Di Sebalik Kejayaan Suami

Cerita ini berpusat kepada Sheena, seorang wanita yang tegas, berdisiplin dan berdikari. Dalam Drama Manam, watak ini digambarkan sebagai tulang belakang kepada suaminya, Varun, dalam membina kehidupan serta kerjaya mereka.

Selain menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak lelaki mereka, Athir, Sheena juga menjalankan agensi pemasaran miliknya sendiri yang dikenali sebagai Hush Hush. Perniagaan itu bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan Sheena, malah menunjukkan keupayaannya berdiri atas kaki sendiri.

Sepanjang perkahwinan mereka, Sheena banyak berkorban demi memastikan kerjaya Varun terus berkembang. Sokongan moral dan strateginya menjadi antara faktor utama Varun berjaya mendapat kenaikan pangkat dalam syarikat milik keluarganya.

Namun di sebalik kejayaan itu, Sheena mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Varun semakin kerap pulang lewat dengan alasan kerja, sekali gus menimbulkan rasa curiga dalam hati isterinya.

Kecurigaan Terhadap Hubungan Sulit

Perasaan tidak sedap hati mula menghantui Sheena. Dalam perkembangan cerita Drama Manam, dia mula mengesyaki bahawa Varun mempunyai hubungan dengan Jacklyn, seorang project manager yang bekerja rapat dengan suaminya.

Sheena secara perlahan-lahan mula mengumpul bukti untuk memastikan kecurigaannya benar. Namun tanpa pengetahuannya, hubungan sulit yang sebenar jauh lebih rumit daripada yang disangka dan melibatkan individu yang sangat dekat dengannya.

Hakikat sebenar akhirnya terbongkar, wanita yang menjalinkan hubungan rahsia dengan Varun bukanlah Jacklyn, tetapi Sumitra, setiausahanya sendiri.

Sumitra yang selama ini dipercayai Sheena sebenarnya menyimpan perasaan obses terhadap Varun. Demi mendapatkan perhatian lelaki itu, dia sanggup memanipulasi keadaan dan menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan sesiapa.

Varun Hidup Dalam Bayang-Bayang Bapanya

Varun merupakan anak tunggal kepada Selvanayagam, seorang ahli perniagaan yang sangat berpengaruh. Walaupun kelihatan seperti suami dan ayah yang baik, Varun sebenarnya hidup dalam tekanan yang besar kerana sering dibandingkan dengan bapanya.

Dalam Drama Manam, konflik dalaman Varun menjadi antara punca mengapa dia mudah terjerumus dalam hubungan yang salah. Perasaan rendah diri serta kebergantungan terhadap Saida dalam membuat keputusan membuatkan dia mencari perhatian di tempat lain.

Keadaan ini akhirnya membuka ruang kepada Sumitra untuk mendekatinya dan memanipulasi emosinya.

Selvanayagam, Patriark Yang Kejam

Di sebalik empayar perniagaan keluarga tersebut berdiri seorang lelaki yang sangat berkuasa iaitu Selvanayagam. Sebagai ketua keluarga dan pemilik syarikat, dia terkenal sebagai seorang yang tegas, malah kejam dalam mempertahankan kedudukannya.

Ironinya, Hasibullah lebih mempercayai Sheena berbanding anaknya sendiri kerana merasakan Varun tidak cukup kuat untuk meneruskan legasi keluarga. Dinamika ini menjadikan hubungan antara mereka semakin rumit.

Namun lelaki itu juga menyimpan rahsia besar. Dalam perkembangan mengejutkan Drama Manam, Selvanayagam sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan Jacklyn, wanita yang disyaki Sheena sebagai kekasih suaminya.

Leili, Isteri Yang Memendam Segalanya

Sementara itu, Leela isteri kepada Selvanayagam dan ibu kepada Varun, memilih untuk terus bertahan dalam perkahwinannya walaupun mengetahui kecurangan suaminya.

Sebagai seorang isteri yang terlalu patuh, Leela memilih untuk berdiam diri demi menjaga keharmonian keluarga. Namun hubungan antara Leela  dan Sheena sering menjadi tegang kerana perbezaan cara mereka membesarkan Athir.

Jika Sheena seorang ibu yang tegas dan berdisiplin, Leela pula terlalu memanjakan cucunya sehingga kadangkala menimbulkan konflik kecil dalam keluarga.

Kehadiran Amar Mengubah Segalanya

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Amar, bekas kekasih Sheena yang kini seorang peguam berjaya, muncul semula dalam hidupnya. Dalam Drama Manam, kehadiran Amar membuka lembaran lama yang pernah terkubur.

Amar masih menyimpan perasaan terhadap Sheena. Kehadirannya memberi sokongan emosi kepada wanita itu yang sedang berdepan krisis rumah tangga yang semakin parah.

Situasi ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada Sheena mampu mempertahankan perkahwinannya atau akhirnya memilih jalan baharu dalam hidupnya.

Baca juga: Buli, Trauma Dan Thriller Jiwa Goncang Emosi. Benih Gelap Dalam Drama Kemanusiaan

Rahsia Yang Boleh Menghancurkan Segalanya

Selain konflik rumah tangga, cerita ini turut menampilkan beberapa watak lain seperti Arjuna, seorang jurugambar yang menguruskan media sosial Leili dan mempunyai hubungan yang agak rapat dengannya.

Di tengah-tengah semua pergolakan ini, Athir menjadi saksi kepada konflik yang berlaku dalam keluarganya sendiri. Walaupun hidup dalam kemewahan, dia sebenarnya terperangkap antara dua gaya didikan yang sangat berbeza.

Melalui jalan cerita yang penuh emosi dan ketegangan, Drama Manam memperlihatkan bahawa di sebalik kekayaan, kuasa dan pengaruh, sebuah keluarga juga boleh runtuh akibat rahsia yang terlalu lama disembunyikan.

Published by
Farhana Syahirah