Dr Sheikh Muszaphar Cemas Dr Halina Sakit Tekak Dan Batuk, Kuarantin Diri Dalam Bilik

Share

Sejak hari pertama negara menerima pesakit Covid-19 di hospital, isteri angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos sudah mula menjalankan kerja-kerja penyaringan ke atas pesakit Covid-19 di hospital.

Sebagaimana semua sedia maklum, frontliners inilah antara individu paling mudah terdedah dengan jangkitan virus Covid-19 melalui pesakit. Dan malam tadi, Dr Sheikh Muszaphar dikejutkan dengan kondisii isterinya yang tiba-tiba alami simptom batuk dan sakit tekak.

Dr Halina Tunjukkan Tanda Sakit Tekak Dan Batuk

Kongsinya di laman instagramnya, sebaik saja balik dari tempat kerja isterinya mula menunjukkan tanda sakit tekak dan batuk. Selepas mengambil ujian swab Covid-19, isterinya itu kuarantin diri. Sementera menunggu keputusan keluar, Dr Halina bersendirian dalam bilik di rumah mereka.

Sedih saya melihatnya, malah dia tidak boleh berada dekat dengan anak-anak. Tak boleh bayangkan bagaimana dia mengharungi ujian 8 jam itu.”

Saya masih ingat bagaimana dia menghubungi saya dari hospital, tidak tahu ke mana dia harus pergi, memandangkan dia tidak mahu (virus) menjangkiti saya dan anak-anak. Dalam keadaannya sebegitu pun, dia masih risaukan yang lain.”

 

 

Dalam Sakit Dr Halina Tetap Terus Bekerja

Begitulah hati seorang ibu yang mahu menjaga keselamatan suam dan empat orang anak-anaknya, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Akhirnya, nikmat kesyukuran yang menjadi sandaran apabila hasil ujian Covid-19 menunjukkan ianya negatif.

Dan Alhamdulillah – keputusan itu NEGATIF.”

Biar pun diduga dengan kesakitan, Dr Halina tetap tidak mengalah malah terus tekad pergi bekerja pada hari ini.

Itulah Dr Halina – bukan kerana dia isteri saya TETAPI kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain.. rela berkorban demi merawat orang yang sakit.. yang penting adalah menyelamatkan nyawa seseorang biar besar mana pun risikonya.

Pesannya lagi, “Kepada para doktor, jururawat dan petugas perubatan di luar sana.. teruslah berani dan kuat.”

Anda sentiasa ada dalam doa-doa kami.”

Love As Always …
PS – To my Beloved wife Do continue your brave and noble effort .
InsyaAllah – Allah will ease your path Dunia & Akhirat
PSS – You are my true Hero
PSSS – Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan mu

 

MW : Begitulah hebatnya pengorbanan seorang DOKTOR. Demi kesihatan orang awam, sanggup berkorban apa saja. Sedangkan, mereka pun ada anak-anak dan suami untuk dijaga. Teruslah rakyat Malaysia #DudukRumah agar pengorbanan besar ini berbaloi nilainya.

Baca sini : Pesakit tahfiz Covid-19, tetap solat berjemaah, jarak 1 meter

Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar

IKLAN