Di saat ramai manusia yang semakin terhakis sikap kejujuran dan gemar mengambil kesempatan, siapa sangka dompet yang mengandung sejumlah wang tunai, dokumen penting yang disangka hilang tak dapat ditemui, selamat dipulangkan kembali.
Sungguh memiliki sikap terpuji dalam diri apabila gadis jujur Salina Sadik ini bertanggungjawab memulangkan semula dompet yang dijumpai menerusi kiriman bungkusan pos kepada alamat pemiliknya tanpa mengira agama dan bangsa.
Perkara ini dikongsikan oleh Traj TJ yang kehilangan dompetnya baru-baru ini.
Saya kehilangan dompet saya pada 3hb Okt. Saya berasa terkilan bukan kerana wang & kad di dalamnya, namun dompet itu sendiri mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
Beberapa hari lalu, bungkusan telah dihantar ke rumah saya dan saya hanya sempat membukanya selepas 2 hari. Dan yang membuatkan saya terkejut, ia adalah dompet saya yang hilang!
Setiap benda berada di tempat yang sama seperti sebelum saya kehilangan dompet. Ia ditemui oleh seorang yang sangat baik hati kerana dia membelanjakan wangnya sendiri untuk memulangkan dompet tersebut menerusi pos kepada saya & juga dia memastikan bahawa saya menerimanya!!
Ads
Kemanusiaan masih wujud! Satu dalam sejuta manusia! Tiada perbuatan baik yang pernah disia-siakan.
Mingguan Wanita:Tahniah Cik Salina Sadik bersikap jujur dengan memulangkan kembali dompet yang dijumpai kepada pemiliknya.Semoga ramai lagi orang yang mencontohi sikap terpuji ini.
Jika selalu kuih Putu Bambu dikukus dalam batang buluh, namun kini rupanya boleh juga diolah menggunakan ‘acuan’ daun pisang. Malah rasanya lebih sedap dan wangi! bukan apa nak cari batang buluh pun payah, nak beli kuih ni pun susah nak jumpa.
Saja nak share idea minum petang. Buat sendiri lebih seronok, nak buat banyak mana, besar mana, manis atau kurang manis terpulang.
2 cawan tepung beras (saya guna Tepung beras Jati)
Sedikit garam
Air masak secukupnya
Gula merah
Daun Pandan
Daun Pisang
1. Uli tepung beras dan garam dengan air masak sehingga jadi tekstur seperti serbuk roti.
2. Kemudian tapis adunan dalam penapis sambil menekan menggunakan sudu supaya tekstur lebih berderai (tekstur tepung akan jadi berderai dan lembab).
3. Buat acuan guna daun pisang atau boleh juga guna acuan apam.
4. Masukkan tepung kemudian gula merah dan tepung semula ke dalam acuan.Tak perlu tekan tepung.
5. Kemudian didihkan air kukusan dan letakkan daun pandan. Kukus acuan daun pisang yang dah diisi tepung tadi dalam 15 ke 20 minit.
Kemudian hidang dengan kelapa.
Siap! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Resipi KUIH ROS Confirm Jadi, Sedap Rangup Elok Cantik Kejadiannya!
Resipi Lengkap KUIH LOMPANG, Nak Makan Sendiri, Buat Jualan Pun Boleh!
TEKNIK 2 Kali Goreng, Kuih Bom Bijan Cantik ‘Confirm’ Tak Meletup!
Mingguan Wanita: Boleh lah cuba buat sendiri kuih putu bambu ini di rumah guna ‘acuan’ daun pisang pula. Pasti rasanya lebih sedap dan wangi nanti.
Sumber: Liza Latib
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
DJ Lin kongsi pengalaman pinjamkan duit, namun liat nak bayar hutang. Sememangnya ada segelintir individu yang suka berhutang tetapi liat untuk bayar hutang.
Apabila perkara ini berlaku sudah tentu mendatangkan masalah pada pihak yang memberikan hutang.
Kepada penghutang pula, jangan sesekali melarikan diri daripada individu yang anda berhutang sebaliknya berhadapan dengan mereka dan jelaskan situasi sebenar anda.
Sekiranya tidak mampu untuk menjelaskan keseluruhan hutang berkenaan, bayarlah sedikit demi sedikit secara ansuran dan paling penting rekodkan segala hutang.
Begitu juga yang dikongsi oleh penyampai radio popular DJ Lin yang juga seorang ibu tunggal tentang perihal mereka yang berhutang namun liat nak bayar semula.
“Jom! Kita share cerita pasal #hutang Sapa ada pengalaman orang pinjam duit pastu liat nak bayar? #djlin ada pengalaman orang dlm industri hiburan sendiri. Kisah sekitar 5 tahun lepas.
“Dia hubungi Lin nak pinjam duit utk bayar payment artis dan katanya akan bagi balik dalam masa terdekat once dapat payment dpd organizer. Jumlahnya 4 angka. Sampai sekarang diam dan buat dek saja.
“Awal dulu ada jugak tanya bila bole bayar balik tapi jawapannya menghampakan dan sampai sekarang xda inisiatif nak hubungi Lin apatah lg update tentang bila dia nak bayar hutang tu.
“Moga Allah gerakkan hati dia utk bayar balik sebab duit tu Lin memang allocate utk kecemasan utk bantu ahli keluarga & kawan disaat memerlukan. Pesan orang tua dulu-dulu, Orang yg liat membayar hutang ni hidupnya takkan tenang dan takkan berjumpa senang,” luah DJ Lin.
Memang ada benarnya apa yang dikatakan oleh DJ Lin, jika ada yang berhutang bayarlah secara ansuran jika tidak mampu bayar sekaligus.
Sebut saja negeri Kelantan, mesti terbayangkan makanan yang pelbagai dan enak-enak. Ini belum lagi dengan tempat-tempat menarik yang wajib kita pergi.
Sebenarnya bukan hanya negeri Kelantan tapi ada juga negeri lain yang turut mempunyai pilihan makanan, tempat bersejarah dan menarik.
Walau bagaimanapun, negeri Kelantan boleh menjadi salah satu negeri pilihan untuk anda kunjungi ketika bercuti. Sementelah, barangan yang dijual pun masih lagi murah berbanding negeri lain. Mungkin?
Jangan terkejut, bila cuti saja, negeri Kelantan mesti akan sesak. Bukan hanya kepulangan anak-anak perantau bertemu keluarga tapi turut menyambut kehadiran pelancong dari negeri lain.
Sebab itulah, kalau nak datang bercuti ke Kelantan kena ada waktu sesuai. Kalau tak, bersesaklah di merata tempat.
Sebab itu, nak datasng bercuti ke Kelantan kena ada waktunya, seperti yang dikongsikan oleh Masayu Ahmad ini.
Jangan datang! 1. Musim cuti sekolah. 2. Musim perayaan. 3. Musim tengkujuh.
Tiga di atas adalah pilihan waktu puncak, sangat ramai dan jalan raya mulai sesak dan padat. Terutama cuti sekolah dan perayaan.
Boleh datang, akan tetapi risiko adalah atas pilihan sendiri. Waktu yang sangat sesuai adalah pada tarikh tarikh perantaraan cuti.
Jalan lebih lapang, tempat makan lebih tenang, harga lebih mesra pelanggan.
Boleh tak datang Disember? Boleh.
Tak ada masalah. Tetapi risiko adalah atas pilihan sendiri.
Disember adalah cuti sekolah dan musim tengkujuh. Tidak semua daerah di Kelantan banjir.
Tetapi cuaca mendung dan hujan. Adakala seminggu hingga dua minggu. Adakala terang dan cantik. Sejuk, mendung dan hujan lebat adalah berselang seli.
Tuan puan perlu lebih peka kepada ramalan kaji cuaca dan juga lokasi banjir. Tidak semua daerah banjir.
Pilihan bercuti pada masa ini juga seronok kerana cuaca tidak panas. Ketika waktu puncak cuti sekolah, pilihan lain yang lebih selesa adalah masa lain selain cuti sekolah.
Kalau dilihat trend mereka yang bercuti di Kelantan adalah dari luar Kelantan.
Kebanyakan mengatakan faktor makanan murah dan sedap menarik untuk datang ke sini.
Kalau bercakap dengan penjual bahan basah segar tepi jalan mereka akan melaporkan trend keluar masuk.
“Minggu ni tadok ore kak, ore ore Kelate tubik derak keluar. Jadi jualan perlahan.”
Juga kalau lihat waktu puncak hari hari cuti utama dan jalanraya mulai sesak. Itu petanda ramai dari luar Kelantan yang masuk.
Rancang percutian ke Kelate.
1. Lihat kalendar pada musim cuti sekolah kalian berebut dengan warga Kelantan yang berada di luar Kelantan. Pada masa inilah juga mereka mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Elakkan datang pada waktu begini. Jika mahu juga pastikan pilihan pada pertengahan atau ketika hujung cuti berakhir.
2. Sekali lagi pada musim perayaan, biasanya kesesakan trafik di Lembah Klang akan berpindah ke Kelantan. Bukan sahaja warga asal tetapi warga negeri negeri lain juga turut sama bergembira mahu datang ke sini. Faktor pendorong utama adalah makanan unik bulan Ramadhan dan menjelang Syawal seperti akok, percik dan gulai kawah. Aneka kuih muih dan lauk pauk harga yang murah dan sedap.
3. Rancang penempatan atau penginapan lebih awal dua bulan. Kalau bulan hadapan mahu datang hari ini baru buat tempahan, baiklah jangan datang. Kebanyakan tempat menginap sudah penuh.
4. Bukan orang negeri negeri lain juga teruja mahu makan di tempat tempat viral dan sedap, anak jati Kelantan juga begitu. Tempat viral sangat lapang pada bukan cuti sekolah. Sekiranya datang cuti sekolah, pilih untuk bersantai pada awal pagi bukan pada petang. Pilih pertengahan hari bekerja bukan hari minggu. Hari minggu di Kelantan adalah pada Jumaat dan Sabtu. Jadi pergilah pada hari Isnin, Selasa dan Rabu untuk keadaan kurang sesak dan lapang.
5. Sarapan apa? Wajib cuba sarapan ala Kelate, pulut pagi, nasi kerabu dan nasi berlauk. Jangan cari nasi lemak. Cari sarapan yang tidak ada tempat kalian.
6. Hari Jumaat kebanyakan kedai makan tutup di Kelate. Akan tetapi masih ada kedai kedai popular yang masih dibuka. Harga makanan masih murah sekitar pasar pagi, kedai pati, gerai jualan kampung. Jejaklah kategori pati dan gerai jualan kampung. Harga masih murah dan sedap. Kedai viral tidak semestinya sedap sebenarnya. Walaupun ada yang sedap dan kebanyakan kedai makan tersorok lebih sedap dan berbaloi baloi.
7. Untuk beli belah boleh jejak Pengkalan Kubor, Tumpat dan juga Rantau Panjang. Wajib sampai Pasar Siti Khadijah. 8. Pesisir Pantai yang viral Pantai Mek Mas, Pantai Senok aka Pantai Nami, Pantai Kemayang. Ada banyak pilihan penginapan murah dan bajet sepanjang pesisir pantai Bachok dan Pasir Puteh.
Mingguan Wanita : Penang, Kedah, Terengganu pun antara tumpuan juga. Tak kisah pun, paling penting dapat berjalan-jalan. Cuma kalu nak datang negeri tumpuan tu kena tengak waktunya…nanti bersesak-sesak. Terus hilang mood bercuti.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.