
Doktor rebah ketika bertugas, sempat ucap sayang pada isteri sebelum dijemput Ilahi. Pemergian secara mengejut seorang pegawai perubatan, Dr Aniq Anhar ketika bertugas syif malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), awal pagi Sabtu lalu cukup meninggalkan kesan mendalam pada pasangannya, Dr Ayuni.
Bersama-sama dalam dunia perubatan namun pasangan suami isteri ini dipisahkan oleh jarak kerja. Arwah Dr Aniq bertugas di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kelantan sementara Dr Ayuni pula bertugas di Hospital Manjung, Perak. Namun sesuatu yang memilukan, pada malam Dr Ayuni kehilangan suami dikasihinya mereka sama-sama bertugas syif malam.
Arwah Dr. Aniq, dipercayai mengalami serangan pulmonary embolism (PE) ketika sedang menjalankan tugas pada malam kejadian. Sesuatu yang sangat mendebarkan bagi seorang isteri, tidak berada di sebelah suami dalam situasi yang sangat genting. Antara hidup dan mati jarak memisahkan mereka beribu kilometer. Situasi yang banyak dilalui oleh pasangan PJJ.
Dari catatan Dr Ayuni di media sosial, dia ketika itu sedang bertugas syif malam dan menerima satu panggilan telefon dari nombor asing di tengah malam.
“Ni Dr Ayuni, wife dr Aniq ye? Saya nak bagitahu suami awak syncope (pitam) kat Ed HUSM masa tengah kerja, kita suspected PE, sekarang on HFNC. Dan low threshold untuk kita intubate dia kalau worsen”.
Ternyata dengan satu panggilan, dia perlu kuat melalui takdir yang telah tertulis buatnya. Perjalanan dari Perak ke Kelantan perlu merentas berjam perjalanan dan masa yang sama, rakan sekerja arwah suami terus menyampaikan maklumat demi maklumat situasi suaminya di saat genting itu.
Dalam catatannya, Dr Ayuni berkata, suaminya tidak pernah berkongsi sakit apa dilalui atau kepenatan dilaluinya hinggalah satu hari arwah suami pitam di tempat kerja.
Dalam usaha rakan sejawat memberikan rawatan terbaik buat arwah Dr Aniq, antara komunikasi terakhir pasangan ini ialah “I love you. Abang sayang Ayuni. Ayat terakhir didengarinya dari suami dikasihi.
Dr Ayuni memaklumkan, mereka sempat berbual seketika dan nada suara arwah agak kepenatan. Dengan hati yang berkaca dan langkah kaki yang semakin longkai dalam dia mahu segera balik ke rumah untuk berada dekat dengan suami, Dr Ayuni sekali lagi menerima panggilan telefon suaminya pengsan sekali lagi dan usaha menyelamat dilakukan secekapnya.
Perjalanan dari Perak dimulakan jam 5.30 pagi dan Dr Ayuni sampai ke Kelantan sekitar 11.45 pagi. Dia hanya mampu menyaksikan Dr Aniq di ICU, diam dan kaku. Saat diterangkan situasi terkini suaminya, sebagai doktor Dr Ayuni tahu ia bukanlah berita yang ingin didengari dan hanya doa yang mampu memulihkan dan keajaiban terjadi.

Sebagaimana janji Allah, 27 Julai 2025, dia harus menerima takdir yang tertulis. Dr Aniq menghembuskan nafas terakhir dengan tenang.
” Lepas solat subuh, 7.22 am, received call dari ICU HSM. Aniq collapsed for another time, and they were doing CPR for him.
Kata yang sangat ringkas namun mencengkam ke jiwa. Dirinya turut memandang wajah suami tercinta. Masih terasa kehangatan tubuh yang sudah kaku.
“Wajah Aniq Ayuni usap. Tangan Aniq Ayuni pegang. Tubuh Aniq Ayuni peluk. Satu perasaan tak mampu gambar. Rasa sedih sangat. Rasa masih tak cukup usap dan tenung wajah Aniq selama ni. Masih tak cukup pegang tangan Aniq selama ni.
Ayuni menjadi saksi, sebaik-baik Aniq dgn mak ayah, keluarga dan kawan2 dan pada pesakit2 yang aniq rawat, sebaik itu juga Aniq pada ayuni, malah lebih baik daripada itu. Allah sayang dan Allah beri pinjaman untuk seketika. Ayuni menjadi saksi pada semua kebaikan abang lakukan semasa di dunia. I love abang,”tulisnya dan catatannya membuatkan ramai menangis.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI