Ads

Tragedi Ramadan, Doktor Pelatih Ditemui Maut di Asrama Hospital

Doktor Pelatih
Doktor Pelatih

Tular kisah seorang doktor pelatih ditemui di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) pada hari Jumaat baru-baru ini.

Kes ini masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai apa punca di sebalik wanita ini bertindak sedemikian rupa di bulan yang mulia.

Doktor Pelatih Ditemui Maut di Asrama Hospital

Tragedi Ramadan, Doktor Pelatih Ditemui Maut di Asrama Hospital

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bersama anggota Balai Polis Kuala Krai telah ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Ads

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik asrama di HSIP.

“Mangsa merupakan seorang doktor pelatih berusia 29 tahun ditemui meninggal dunia di bilik air,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tekanan Pada Leher Jadi Punca Kematian

Tragedi Ramadan, Doktor Pelatih Ditemui Maut di Asrama Hospital

Ads

Mazlan berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk dibedah siasat.

Ads

“Punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Balai Polis Kuala Krai di talian 09-9666222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Dari hati yang paling dalam, hati turut tercuit dengan apa yang berlaku. Namun kita orang luar hanya mampu mendoakan yang baik-baik buat keluarga arwah. Semoga segala urusan akan dipermudahkan dan keluarganya tabah menghadapi ujian Allah.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

ibu anak enam

Ibu Anak Enam Sanggup Buat Banyak Kerja, Asalkan Makanan Tidak Terputus

Ibu anak enam sanggup buat banyak kerja, asalkan makanan tidak terputus. Ini situasi yang berlaku kepada seorang mak-mak yang mahu meringankan beban suaminya.