
Urutan Muka
Pernah buat urutan muka untuk naikkan kening? Haaa… bila kita berumur, kelopak mata akan nampak jatuh dan menurun berbanding umur muda-muda dulu.
Okay, jom kita buat urutan naikkan kening yang dikongsikan oleh Doktor Bainun
. Kita semua ada bentuk mata berbeza jadi soket mata kita pasti tidak akan sama.Untuk memastikan kita urut muscle, bukan kita urut tulang dan bukan biji mata. Caranya:
1. Kita kena angkat kening dengan menggunakan jari. Tak kisah jari mana asalkan selesa.
2. Kemudian buat urutan secara membulat. Ini buat dalam enam kali. Mungkin akan rasa sakit sedikit tapi kita tahu sedang urut muscle yang stress.
Ini antara urutan muka yang nampak instant result. Selepas urut kita akan nampak perbezaan pada kening yang naik sedikit daripada asal dan kelopak mata lebih terbuka.
Jadi buat anda yang mahu kekal awet muda, boleh amalkan urutan muka ini bagi memastikan mata anda kurang berkedut dan kelopak tidak cepat jatuh.