Bukan senang nak diet tinggal nasi terus, tetapi kalau nak hasil yang cepat nampak… anda memang kena guna cara yang betul. Boleh makan nasi tetapi ada rahsianya.

Agak mustahil nak turunkan berat dengan cepat tetapi macam yang Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar amalkan, dia cukup jaga pengambilan waktu sarapan dan rajin senaman. Nah, juga tengok dulu caranya, mana tahu anda mampu tiru…

Khas Buat Anda Yang Serius Nak Kurus Sihat

Anda serius mahu kurangkan berat (lemak)?
Amalkan sarapan yang sihat.
Ramai yang tanya apa aku makan.
So pagi ni aku share dulu hal BREAKFAST.

Lupakan nasi lemak, roti canai, mee goreng, teh tarik.
Eat clean dari awal pagi.
Ganti carbohydrate breakfast kepada sayuran.
Protein, paling mudah telur.
Sometimes, lebihan lauk dinner seperti ayam sup / grill / goreng atau lauk ikan, boleh jadi sumber protein breakfast.

Aku buat Atkins. So memang segala carb dalam bentuk nasi, kentang, tepung gandum (roti, pasta, mee, laksa) aku tak makan. Betul-betul punya Phase 1 Atkins, buah pun tak boleh. Tapi sebab aku dah hilang 17kg+, so aku makan la pisang / betik /etc.

Diet Untuk Orang Tak Boleh Tinggal Nasi

Kalau perut menggigil sarapan tak dapat nasi ( tak terikut Atkins style) tak pa try lah makan roti wholemeal 1 -2 keping. Ada yang tak boleh berpisah dengan nasi, lunch nak jugak nasi.

Jika anda dalam kategori ni, buat diet SukuSuku Separuh (SSS) mungkin sesuai. Secara peribadi, aku dah try SSS dulu, memang ada penurunan, but slow. Selain control portion nasi, try la guna nasi yang low GI seperti brown rice / parboiled rice / basmati herba ponni.

IKLAN

JANGAN ambik calorie yang tak perlu dalam bentuk air nescefe kow / teh tarik / milo. Minum air kosong. Kalau tekak mesti juga nak pekena kopi / teh / nescefe, buat versi ‘o’, dan guna stevia. Say no to gula / krimer manis / susu sejat.

Makan oat? Kalau betul-betul phase 1 Atkins tak boleh. Kalau anda nak makan jugak? Boleh kalau anda telan oat + air kopi/ teh/ nes o. Tertelan ke oat camni? Jangan terpedaya kita makan oat ( healthy), tapi sebenarnya kita rendam oat tu dalam susu coklat Dutch Lady ( gula, gula ,gula)

Alaaa… teruk sangat la diet ni. Well, ni kalau anda serius nak berubah, kurus (fit, buang lemak, bukan skinny fat takde stamina tak guna jugak). Kalau anda fed up dah bertahun tahun asyik azam nak kurus.

Selesai sarapan, buat apa?

Rehat 2 jam, lepas tu bersenam lah. Paling mudah gi jogging.
Selalunya, aku workout before sarapan (on empty stomach). Workout on empty stomach early morning memang lebih effective burn calorie.

IKLAN

Performance (stamina / strength) pun aku rasa lebih bagus on empty stomach.

Cara Senaman Pun Kena Betul

Senaman jangan asyik cardio bodoh aje ( jogging, running, cycling, hiking). Incorporate dalam routine High Intensity Interval Training ( HIIT). Google macam mana nak HIIT masa jogging/ cycling. Ataupun buat Tabata. Melambak video kat Youtube.

Kenapa tak boleh stick to boring monotonous cardio jer semata? Antara sebabnya, untuk:

IKLAN

– lebih effective burn fat.
– to build up muscle & muscle strength
– to prevent injury due to repetitive usage of same muscle & joints during exercise.

BREAKFAST PAGI INI

Telur 2 biji, tomato, timun jepun, salad, nescefe o stevia.

Ramai yang risau sangat nak makan telur, takut kolestrol tinggi katanya.

Ya, kuning telur ada kolestrol. Tapi health benefit jauh mengatasi effect cholesterol (dalam tu ada macam-macam vitamin, selenium, dan sebagainya).

Dan kolesterol yang perlu kita takut ialah kolestrol dalam bentuk transfat. Apa transfat? Segala yang deep fried (especially makan luar berulang kali goreng guna minyak yang sama), segala processed foods (makan SOSEJ kononnya sumber protein breakfast… no!).

Tetapi kalau kejap nak diet dan kejap tak mampu, jangan berangan berat nak turun ya. Apa yang penting kena rajin bersenam dan bercinta dengan penimbang. Nekad itu paling penting. Semoga berjaya kuruskan badan!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI