Doakan Dr Halina, Bayi Tak ‘Menendang’ Lepas Anak Terjatuh Atas Perut

Share

Tak sedap hati Dr Sheikh Muszaphar bila mana isterinya, Dr Halina maklumkan salah seorang bayi kembarnya tak bergerak atau menendang pada malam hari itu. Selalunya, waktu malam itulah kembarnya jadi paling aktif.

Sebelumnya, dua orang anak kembar lelakinya, Adam dan Noah bermain berdekatan ibu mereka. Secara tak sengaja telah terjatuh ke atas perut Dr Halina. Dan bukan jatuh biasa-biasa, tapi terjatuh dengan kuat.

Rentetan itu, Dr Halina cuma mendiamkan diri saja, sehinggalah dia memaklumkan pada suami yang salah seorang kembarnya tak bergerak apatah lagi menendang dalam tempoh dua jam selepas kejadian.

Hati pun tak sedap..” kata Dr Sheikh Muszaphar, sebab biasanya malam hari itulah kembarnya paling aktif bergerak terutama bayi kembar perempuannya.

Alhamdulillah.. Denyutan Jantung Bayi Kembar Dapat Dikesan

Sesegera mungkin mereka bergegas ke jabatan kecemasan seawal jam 1 pagi itu juga. Dia punya debar, sehinggakan 20 minit pemanduan itu terasa begitu panjang sekali.

Masing-masing berdoa dalam hati, sehinggakan Dr Halina mengalirkan air mata tangisan.

Sebaik tiba, ujian ultrasound dilakukan secepatnya. “Alhamdulillah, denyutan jantung keduanya dapat dikesan.” Dan scan lain akan dibuat sekali lagi untuk memastikan kedua-dua kembar dalam keadaan sihat dan selamat.

Dr Sheikh Muszaphar menyucapkan syukur kepada Allah. “Tak dapat membayangkan jika sesuatu terjadi pada bayi kembar yang belum dilahirkan ini dan anak-anak kami – minta Allah jauhkan. Nauthu Billah

– “

Baca sini : Dr Halina hamil kembar lagi, Dr Sheikh Muszaphar sama-sama naik berat.

Pesan Dr Sheikh Muszaphar Buat Ibu Hamil Di Luar Sana

√     Buat para ibu hamil di luar sana, jangan sesekali mengambil mudah atas sesuatu yang berlaku. Ikutlah kata hati ibu, apatah lagi ibu lebih tahu gerak hatinya.

√     Pastikan bayi dalam kandungan menendang dengan baik, sekurang-kurangnya 10 kali tendangan dalam sejam.

√     Jangan berlengah jika perlu pergi ke hospital.

√     Setiap hal yang jadi itu amatlah bermakna. Dalam apa juga keadaan, ibu hamil perlu ada pengetahuan tentang bayi yang bakal dilahirkan.

√     Sentiasalah menjangkakan sesuatu yang takkan anda jangkakan.

√     Suami perlu sentiasa ada di sisi isteri setiap masa untuk saling menyokong

. Kerana hal-hal sebegini boleh jadi kepada sesiapa pun.

Mohon Dr Sheikh Muszaphar agar mendoakan isterinya menjalani kehamilan yang tenang dan lancar.

MW : Situasi cemas sebegini sememangnya boleh jadi pada ibu hamil, antara lain jatuh terduduk dan sebagainya. Jika alami keadaan sedemikian, cepat-cepatlah ke hospital ya. Dan seperti pesan Dr Sheikh Muszaphar.. suami sentiasalah ada dengan isteri anda yang sedang sarat hamil itu.

Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar

IKLAN