“Doa Seorang Ibu Itu Sangat Mahal Nilainya” Wan Maimunah Buat Aliff Syukri Tersentuh Hati

Share

“Doa Seorang Ibu Itu Sangat Mahal Nilainya”. Hati anak mana yang tidak sedih jika orang lebih tua yang dianggap seperti ibu sendiri dalam keadaan susah. Begitulah rapuhnya hati Dato’ Seri Aliff Syukri apabila mengetahui derita yang ditanggung oleh pelakon air mata, Wan Maimunah.

Terbaru menerusi perkongsian video di laman sosial Aliff Syukri mengundang drama air mata apabila bertemu aktres legend itu. Malah video pertemuan itu juga berjaya mencuri perhatian warganet.

“Doa Seorang Ibu Itu Sangat Mahal Nilainya”

Doa yang dititip, beserta keikhlasan yang ditunjukkan oleh dua insan hebat ini undang air mata dan kerinduan kepada insan tersayang bernama ibu.

“Hari ini Allah izinkan saya bertemu dengan seorang insan hebat yang saya cukup hormati – Ibu Wan Maimunah, seniwati yang membesar bersama generasi kita semua. Saat duduk bersama ibu, hati saya sebak, kerana di sebalik wajahnya yang penuh ketabahan, terselit kasih sayang seorang ibu yang tak pernah pudar,” ujar Dato’ Aliff dalam nada sebak.

Dalam pertemuan itu, Wan Maimunah sempat menitipkan doa yang begitu menyentuh hati, kata-katanya masih terngiang-ngiang.

“Nak… setiap yang baik Allah akan balas. Jangan risau kalau orang tak nampak. Kejujuran, usaha, kebaikan kita… semuanya Allah kira. Ibu doa semoga Aliff terus dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diberi kesihatan dan dijadikan hamba Allah yang terus memberi manfaat pada ramai orang.”

“Saya hanya mampu menunduk, air mata bergenang. Sungguh, doa seorang ibu itu sangat mahal nilainya. Sebagai tanda hormat dan kasih, saya hulurkan sedikit sumbangan buat ibu. Jujurnya, saya bukanlah senang mana. Saya pun manusia biasa yang sedang berusaha jatuh bangun dalam perniagaan. Tapi doa ibu hari ini betul-betul jadi penguat semangat saya,” kongsi Aliff.

Kasih Ibu Tiada Galang Gantinya

Perkongsian ringkas momen bersama ratu air mata itu, telah meraih ribuan tanda suka di media sosial. Ramai yang menitipkan doa, ada juga yang berkongsi rasa;

“Dato seorang yang ikhlas, moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.”

“Ibu Wan Maimunah seorang yang baik… aura keibuannya membuatkan ramai tersentuh.”

“Melihatkan Ibu Wan Maimunah, saya teringat arwah ibu yang dah lama pergi… rindu ibu.”

Menurut Aliff, setiap komen itu beliau baca, memang benar kasih seorang ibu itu tiada gantinya.

“Doakan saya, semoga Allah terus permudahkan urusan dan jadikan saya hamba yang tak pernah berhenti untuk memberi. Terima kasih ibu Wan Maimunah… semoga Allah balas dengan syurga untuk insan baik seperti ibu,” akhirinya dengan penuh harapan.

@papalarisofficial Ibu Wan Maimunah seorang Pelakon Lagenda dan sangat baik. Dulu papa selalu tengok lakonan Ibu Wan Maimunah di kaca Tv. Siapa kat sini sama macam papa , cer komen #i ♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman

Baca Disini:“Berkat Menjual Jeruk Bersama Ammar, Kita Dapat Beli Sebuah Private Jet” Aliff Syukri Teruja Bawa Isteri & Anak Jenguk Jet Peribadi

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Published by
Norhayati Suboh