Virus Influenza A kini sedang menular di negara kita. Sewaktu mengacara Program Mingguan Wanita Talkshow tengahari tadi yang membincangkan isu wabak ini Erra Fazira turut memberitahu anaknya Engku Aleesya juga turut dijangkiti virus ini.

“Sebenarnya anak saya juga kena Influenza A, tapi Aleesya tak dimasukkan ke dalam wad dan penjagaan hanya dari rumah. Badannya panas ‘on’dan ‘off’.
“Bila malam panas badannya tinggi hingga dia menggigil, batuk dan selsema semua ada. Kita kuarantin di rumah sahaja. Tawakal pada Allah. Saya pakai mask tapi kadang-kadang mask habis.

“Waktu itu saya berdoa agar anak saya cepat sembuh dan biarlah berpindah penyakit itu kepada saya,” ungkap Erra yang bersyukur dia tidak dijangkiti penyakit tersebut buat masa ini.

IKLAN

Elakkan Tempat Awam- Kementerian Kesihatan Malaysia

IKLAN

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, influenza diklasifikasikan kepada 3 jenis utama iaitu A,B dan C. Influenza A adalah jenis yang kerap berlaku dimana jangkitan ringan akan sembuh dengan sendiri namun jangkitan yang teruk boleh meragut nyawa.

IKLAN

Individu yang mempunyai risiko komplikasi influenza seperti warga emas berumur lebih 65 tahun atau individu yang lemah system pertahanan badan perlu mendapatkan bantuan rawatan perubatan dengan segera.

Di musim perubahan cuaca ini, selesema adalah lazim berlaku dikalangan penduduk di Malaysia. Bagi mengelak jangkitan influenza, amalkan cara basuh tangan yang betul dan kerap, elakkan tempat awam yang ramai pengunjung, tutup mulut dan hidung apabila anda bersin dan batuk serta digalakkan duduk di rumah sekiranya anda demam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI