Berita Sosial

DNA Kaitkan Remaja 15 Tahun Dengan Kes Rog*l & Kematian Kanak-kanak 12 Tahun di Bueng Kan

Share

Terkini, polis mengesahkan hasil ujian forensik DNA yang mengaitkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dengan kes kematian tragis seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang ditemukan maut di kawasan hutan belakang kampung di daerah Seka.

DNA Kaitkan Remaja 15 Tahun Dengan Kes Rog*l & Kematian

Kejadian berlaku pada 24 Jun di Kampung Bueng Keng, Mukim Nong Thum apabila mangsa ditemukan tidak bernyawa di kawasan hutan terpencil dalam keadaan mencurigakan. Kes tersebut disiasat sebagai jenayah berat kerana melibatkan unsur rogol dan bunuh.

Mangsa kali terakhir dilihat bersama remaja lelaki berusia 15 tahun yang merupakan individu terdekat dan dipercayai orang terakhir bersama mangsa sebelum kejadian berlaku.

Pada awal siasatan, suspek memberikan keterangan tidak konsisten dengan mendakwa dia hanya menghantar mangsa pulang dan tidak mengetahui keberadaan mangsa selepas itu. Namun, selepas siasatan lanjut, suspek memberi pengakuan separa dengan alasan tidak mengingati sepenuhnya kejadian.

Kanak-kanak 12 Tahun di Bueng Kan

Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung di kawasan hutan pada keesokan hari selepas dilaporkan hilang dengan kondisi leher dijerut dan tidak berseluar.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Srinakarin, Khon Kaen untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian secara rasmi.

Pada 27 Jun, pihak penyiasat mengesahkan keputusan ujian DNA mendapati padanan antara sampel pada tubuh mangsa dengan DNA suspek. Bukti ini menguatkan lagi kaitan suspek dalam kes berkenaan.

Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan undang-undang diambil. Siasatan turut diteruskan bagi menentukan motif sebenar kejadian.

Sumber: Media Sosial

Published by
Nadia Mohamad