DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!

Share

DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!. Jika di rumah menggunakan tandas cangkung dan berhasrat nak tukar ke tandas duduk, ada cara jimat kos tanpa memecahkan jubin. Bukan apa, menggunakan tandas duduk lebih selesa dan selamat, terutamanya buat kanak-kanak dan warga emas yang kurang sihat, sakit lutut, obesiti dan sebagainya.

Boleh ikut tutorial, langkah demi langkah lengkap untuk tukar tandas duduk seperti yang dikongsikan oleh Mohd Azuan MD Turian
ini sebagai rujukan.

Throwback-projek tukar tandas cangkung ke tandas duduk. Jimat kos tak perlu pecah tiles. Kos Bahan RM 150 semua sekali.

Bahan-Bahan:

Tandas duduk 1 set with cover
simen biasa & simen gum
tiles 4 keping
Pipe 20inci + penyambung

Cara Membuat:

1. Pecahkan tandas cangkung sedia ada.


2. Ukur paip anggaran 1 kaki ikut kesesuaian + penyambungan.

3. Ukur agak-agak tinggi sikit untuk pasang tiles nanti.

4. Kedudukan dan ukuran dah ngam.

5. Bancuh simen agak cair sikit tuangkan ke dalam tandas yang dah dipecahkan sampai padat dan rata.

6. Ratakan sama level dengan tiles sedia ada.

7. Potong tiles ngam-ngam dan tanda siap-siap mangkuk tandas duduk yang baru.

8. Lekatkan tandas baru dengan simen.

9. Dah siap. Dah 2 tahun pakai masih berkhidmat dengan cemerlang.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:DIY Repair Pintu Plywood Kos RM70, Puas Hati Sangat Takda Kesan Pecah!
Baca Lagi Di Sini:Bilik Air Sentiasa Wangi, Guna Pelembut Pakaian & Ubat Gegat, Mudah & Jimat!
Artikel Menarik:Cat Lantai Bilik Air Guna EPOXY PAINT, Elak Pilih Warna Gelap!

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak tukar sendiri tandas cangkung ke tandas duduk. Lebih jimat kos bila buat sendiri malah tak perlu pecahkan tiles pun.

Sumber:Mohd Azuan MD Turian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN