DIY Pokok Viral, Jimat Kos Tak Sampai RM25!

Share

DIY memang menjimatkan belanja berbanding beli yang dah siap. Tidak dinafikan kehijauan pokok-pokok mampu memberi ketenangan dan menaikkan seri pada ruang kediaman.

Akhir-akhir ni, viral dedaun pokok hijau dalam pasu seperti jenis Fiddle Fig Leaf menjadi hiasan pada sudut rumah.Cantik memang cantik, tapi harga nya kus semangat, memang kena fikir berkali-kali, boleh cecah beratus ringgit.

Menerusi perkongsian oleh Puan Fadilah Ariffin

, boleh buat sendiri ala-ala pokok yang tengah viral ni. Menariknya lebih menjimatkan dan harganya tak sampai RM25 pun sepasu. Yang penting tetap cantik!

Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;

“Assalammualaikum. Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni.Tapi kali ni saya guna daun Monstera sebab yang daun hari tu dah out of stock.Total Kos RM24.30”

Bahan-Bahan:

Daun ECO (1 paket ada 4pcs)
6 paket X RM2.10

Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50

Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.

Pasu ECO RM2.10

Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00

Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)

Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll) Guna 1 Roll je.

Cara Membuat:

1.Mula-mula, bengkokkan batang daun macam ni.

2.Ikat batang daun pada rotan.

3.Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah.

4.Saya masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat.Potong rumput ikut permukaan pasu.

5.Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap.

Siap! Selamat Mencuba!

MW: Semoga bermanfaat. Jadi buat mak-mak boleh lah berjimat, buat sendiri je ‘pokok viral’ ni untuk serikan ruang kediaman.Caranya pun mudah sangat!

Sumber: Fadilah Ariffin

IKLAN