DIY memang sangat membantu dalam mengurangkan kos daripada beli siap. Sebab itu, sekarang ini ramai yang memilih untuk DIY apa yang mereka nak termasuklah hiasan rumah. Apa yang penting kena rajin.

DIY Peti Ais Lama

Bila terlalu lama, kadangkala peti ais di rumah kita akan karat di permukaan luarnya. Memang ‘mencacatkan’ penampilan. Nak beli baru sayang pula sebab masih boleh digunakan lagi. Lagi pun, kalau nak beli baru memerlukan modal yang bukan murah. Pendek kata, ada pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum ambil keputusan untuk beli baru. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, kena berjimat cermat.

Perkongsian daripada wanita ini sangat menarik. Peti ais lama dengan wajah baru dengan wallpaper. Jom ikuti perkongsian Suzila ini.

DIY Balut Peti Ais Lama Dengan Wallpaper, Terus Nampak Baru!
Sebelah kiri wallpaper lama. Sebelah kanan yang baru. Material lagi okay.

Pindah Rumah

Tahun lepas saya berpindah rumah jadi peti ais ini saya tak lagi gunakan kerana dah beli yang baru. Akhirnya peti ais ini hanya tersimpan begitu saja. Sehinggalah bulan lepas saya terfikir hendak menyediakan rumah sewa untuk student.

Jadi saya cuba on semula, nak tengok masih berfungsi atau tak. Alhamdulillah masih sejuk dan berfungsi dengan baik. Jadi saya ambil keputusan tukarkan wallpaper baru untuk beri ‘wajah’ baru. Oh ye, sebelum ini saya memang telah membalut peti ais itu dengan wallpaper lain.

IKLAN

Lagi artikel menarik di sini:

Dinding Rumah Bertambah Cantik Dengan DIY Ala Bata Merah Stail Hipster!

DIY Dapur Mak Ayah Versi Bajet, Guna Rak Dan Wallpaper, Cantik Hasilnya

Jangan lupa FOLLOW MINGGUAN WANITA di instagram

DIY Lepas Tak Boleh Hilangkan Kesan Contengan

Punca saya balut kerana waktu itu anak conteng pintu peti ais (dah tak ingat guna apa tapi yang pasti tak boleh hilang kesan contengan itu). Puas saya lap guna kain kasar hinggakan permukaannya jadi calar. Lama-lama ia nampak jadi buruk. Itu yang akhirnya saya pasang wallpaper. Wallpaper lama bezanya lepas beberapa tahun pasang wallpaper ni, materialnya jenis kasar bukan jenis PVC. Bila dah makan tahun, ia jadi nampak usang dan seakan-akan berkarang. Itu yang saya tukar.

Untuk kali ini, saya gunakan jenis PVC steel, material lagi okay daripada yang lama. Jadi, bolehlah dilap kalau kotor. Oh ye. Wallpaper itu saya beli kat shopee je.Kos beli wallpaper itu dalam RM21 saja. Saya pasang sendiri dalam masa sekitar 45 minit untuk pintu atas dan bawah.

Tak susah pun nak memasangnya. Mudah saja. Mula-mula, buka stiker dari atas, tampalkan di atas dulu. Kemudian buka sikit-sikit stiker sambil lap guna kain sampai ke bawah. Taraa! Siap. Okay tak?

Sumber: Suzila Soeid