Selebriti

Dikritik Perubahan Fizikal, Najwa Latif Hormat Pandangan Semua Pihak

Share

Lama tidak membuat penampilan, tiba-tiba penyanyi, Najwa Latif, menjadi mangsa kritikan disebabkan perubahan fizikalnya ketika mengadakan persembahan sempena Keretapi Sarong Johor Bahru 2026 apabila video menyanyinya tular di laman media sosial.

Dikritik Perubahan Fizikal, Najwa Latif Hormat Pandangan Semua Pihak

Anak jati Johor yang mesra dipanggil Wawa itu berkata, sokongan suami dan ibu banyak membantunya kekal tenang apabila berdepan komen negatif.

Katanya, perkara pertama yang dilakukan adalah menghubungi ibunya dan meminta maaf.

“Mak cakap tak apa, ini sebahagian daripada hidup kita, ada orang suka, ada yang tak suka. Perlu terima dan teruskan hidup, yang penting kita buat benda baik-baik,” katanya dengan tenang.

Najwa Latif Hormat Pandangan Semua Pihak

Najwa berkata, beliau menghormati pandangan semua pihak termasuk mereka yang mengkritik penampilannya selepas melahirkan anak dan memilih untuk tidak memberikan sebarang respons.

“Wawa hormat semua pendapat, semua orang berhak untuk bercakap apa yang mereka nak cakap. Wawa rasa tidak semua benda perlu respons dan dalam hal ini pun Wawa tak rasa Wawa perlu beri respons,”

katanya.

Mengenai perubahan fizikalnya, Najwa berkata, beliau tidak mahu menjadikan proses menyusu anak sebagai alasan, sebaliknya menganggap pengalaman bergelar ibu sebagai perjalanan membahagiakan.

Menurut pelantun lagu Cinta Muka Buka itu, dia menikmati kehidupan sebagai ibu, namun menyedari aspek kesihatan juga perlu diberikan perhatian.

Mengulas mengenai perkembangan karier, Najwa berkata, beliau belum mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert dalam masa terdekat.

“Wawa tidak ada perancangan pun ke arah itu sebab ada banyak komitmen sekarang, perlu fokus satu persatu. Kalau ada rezeki, insya-Allah akan datang Wawa akan maklumkan.

“Kalau dari segi lagu, Wawa masih mencari material. Kalau tak jumpa, Wawa akan buat sendiri lagu tahun ini. Setiap tahun Wawa memang akan ‘release’ (mengeluarkan) sekurang-kurangnya satu lagu,”

katanya.

Untuk rekod, Najwa atau nama lengkapnya Imratul Najwa Abdul Latif mendirikan rumah tangga pada 2022 dengan Akwa Arifin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Medina tahun lalu.

Published by
Nadia Mohamad