Inspirasi

Dikhianati Tunang Lagi Beberapa Hari Nak Nikah, Ibu Kongsi Anak Ketagih Alkohol, “Biarlah Dunia Menjauh Ibu Ada…

Share

Dikhianati tunang lagi beberapa hari nak nikah, ibu kongsi anak ketagih alkohol. “Biar dunia menjauh, ibu ada.

Begitulah kasih seorang ibu tiada galang gantinya. Akan sentiasa ada bersama anak di saat susah dan senang malah saat semua orang di dunia mula menjauh, seorang ibu tak akan pernah membiarkan anaknya hanyut tanpa pertolongan.

Dikhianati Tunang Lagi Beberapa Hari Nak Nikah

Perkongsian pempengaruh terkenal Khairul Hakimin Muhammad 

mengenai kisah seorang ibu yang setia bersama anaknya walau diuji hebat mencetuskan rasa sebak dalam kalangan warganet. Anak yang ditinggalkan bekas tunang lagi beberapa hari nak bernikah dengan membawa lari barangan kemas yang sudah diberikan. Bukan sekali  dikhinati tapi dua kali dengan wanita yang sama di mana anak kemudiannya menjadi penagih alkohol tegar kerana terlalu kecewa.

Menurut Khairul, beliau bertemu semula dengan seorang kenalan lama dikenali sebagai “Aunty E”, yang pernah dikenalinya lebih 10 tahun lalu.

Dahulu, wanita itu sering bercerita tentang anak lelakinya yang cemerlang. Seorang pelajar pintar, melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi kebanggaan keluarga. Namun, ibu kepada seorang anak tunggal ini  kemudian menghilang seketika dari perhatian umum sebelum muncul kembali dengan satu kisah yang tidak disangka.

“Anak Aunty Sekarang Dalam Terapi…”

Pertemuan mereka baru-baru ini membuka segala yang selama ini disimpan.

“Anak aunty sekarang dalam terapi…
Aunty nak Khairul cerita supaya ramai boleh doakan aunty dan anak aunty.”

Gagal Kahwin Di Saat Akhir

Menurut Khairul, segalanya bermula apabila anak lelaki tersebut melalui episod percintaan yang gagal hanya beberapa hari sebelum majlis akad nikah.

“Anak yang disayang-sayang rupanya jadi kaki mabuk. Belajar di luar negara, bercinta bagai nak rak. Balik Malaysia pakat nak kahwin. Duit hantaran, barang kemas semua-semua kasi awal. Tiba-tiba lagi beberapa hari nak akad, si perempuan itu ke luar negara larikan diri.

“Tak mahu kahwin sebab tak yakin boleh jadi isteri. Nak enjoy lagi dan lagi. Si lelaki ini (anak aunty) tak boleh terima hakikat. Aunty buat laporan polis. Nak buat tuntutan di mahkamah. Anaknya kata jangan, malu. Aunty teruskan. Ketika ni dah mula mental.

Ketika kes dibawa ke mahkamah, jelas kemenangan milik Aunty dan anaknya  kerana semua bukti ada dan tunangnya pulangkan semua barangan kemas yang telah dibawa lari. Dan mereka kembali menjalin hubungan cinta. Tapi apa yang buat keadaan jadi teruk, sekali lagi perempuan ini menipu anak Aunty. Walau Aunty halang tapi anak berkeras nak jalin semula cinta dengan tunangnya.

Walaupun pernah melalui pengalaman pahit, anak lelaki itu masih memberi peluang kedua kepada wanita sama.

“Aunty dah pesan jangan, tapi dia tetap berhubung semula,”

jelas Khairul.
“Kali kedua pun kena tipu lagi. Mujur tak beli set kahwin bagai, sekadar beli barang kemas saja. Si perempuan hilang lagi kali ke-2 dengan barang kemas. Maka bermula si anak cari sesuatu nak tenangkan diri, mental lagi. Mula cari benda paling mudah iaitu minum.

Kekecewaan berganda itu akhirnya menjerumuskan lelaki tersebut ke dalam ketagihan alkohol. Solat dan ke laut, dunianya hari-hari dipenuhi tin-tin memabukkan.

“Setiap malam mabuk. Sampai satu tahap masuk hospital sebab ‘overdose’,” katanya.

Perubahan itu turut menyebabkan dirinya semakin dijauhkan oleh orang sekeliling termasuk ahli keluarga sendiri.

Ibu Kongsi Anak Ketagih Alkohol, “Biarlah Dunia Menjauh Ibu Ada…”

Ibu ini berkongsi anaknya dikhianati tunang yang sama dua kali hingga anak jadi ketagih alkohol.

Kongsi Khairul, anak lelaki Aunty  tersebut sedang menjalani rawatan terapi secara berperingkat. Ibu ni juga sentiasa memastikan anaknya tidak bersendirian sepanjang proses pemulihan.

“Hari-hari aunty hantar orang teman dia. Dia tak boleh tinggal seorang lama-lama,” katanya.

Selain rawatan, anak lelaki itu juga dibimbing semula dari segi rohani. Ajar semula solat, pelan-pelan. Bukan paksa, tapi bimbing. Dan sekarang cuba kenal-kenalkan dengan wanita lain.

Walaupun ramai yang memilih untuk menjauh, Aunty E tetap kekal di sisi anaknya.

“ANAK Aunty itulah seorang aja.
Apa pun jadi, itu anak aunty.
Aunty nak dia jadi macam ni… tapi dia jadi macam tu.
Aunty tetap kena ada untuk dia.
Kalau tak, lagi tak tahu apa akan jadi.”

“Walaupun si anak dah dibuang ayah. Ayah tak nak tengok muka anak dah sebab dah jadi kaki mabuk. Makcik pakcik, sepupu semua, kawan-kawan semua dah tak ada, menjauhkan diri. Tapi si emaknya (aunty) kekal teguh bersama.

“Masa ini sumpah saya nangis. Itulah emak kitakan. Teruk macam mana pun kita, syukur kita masih ada emak. Yang kekal ada, yang sentiasa ada, yang terus ada, walau seisi dunia membenci kita.

“Khairul, doakan tau, Aunty tengok dia benci dah air syaitan tu, Aunty harap dalam lepas raya haji dia setuju, nak nikahkan aja, start new, doakan tau! aunty tunggu Khairul tulis, aunty nak doa ramainya orang, tulis tau!”

Saya tunggu hari ini, hari jumaat, kita doakan sama-sama ya. Aunty E dan anaknya sentiasa dilindungi Allah, terus berubah jadi baik, tinggalkan semua larangan Allah. Sekerasnya tinggalkan benda itu selamanya! Doakan jom kawan-kawan!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,

Alhamdulilah

Published by
Almaswa Haji Che Ros