Hubungan

Diana Danielle Kenalkan Bern Sebagai Kekasih, Kini Bersedia Ke Fasa Ke Seterusnya

Share

Menjelaskan hubungan terkini, pelakon dan pemyanyi, Diana Danielle

menafikan dakwaan konon kekasih yang dikenali sebagai Bern pernah hadir dalam hidupnya.

Diana Danielle Kenalkan Bern Sebagai Kekasih

Sebaliknya, Diana, 34, berkata dia mula berkenalan dengan Bern yang juga ahli perniagaan ketika menghadiri rumah terbuka, tahun lalu.

“Kami berkenalan sejak tahun lalu. Kenapa saya tidak mahu dedahkan sebelum ini sebab saya takut orang salah faham, mengatakan dia pernah hadir dalam hidup saya ketika saya masih berkahwin.

“Hakikatnya, saya tidak pernah kenal dia sebelum saya habis tempoh iddah. Tetapi mulut manusia ini membuatkan saya risau. Jadi untuk jelaskan, memang saya tidak kenal dia sebelum itu,” katanya.

Pada majlis itu, Diana hadir bersama Bern dengan mengenakan busana sedondon rona putih.

Diana berkata, dia bagaimanapun mengambil masa agak lama sebelum boleh mengesahkan bahawa dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama jejaka berusia 38 tahun itu.

“Kami ambil masa yang agak lama untuk saling mengenali sebelum, kami, orang kata, mengisytiharkan satu sama lain sebagai pasangan.

“Sekarang ini, saya fikir dahulu takut apa orang akan fikir, tetapi, sekarang, saya sangat berbangga ada dia sebagai pasangan.

“Saya mahu raikan fasa dalam hidup saya ini, di mana saya hanya mahu menghargai orang yang menjaga dan menyayangi saya, sebagaimana saya menyayangi mereka,” katanya.

Diana turut berkongsi ibunya sudah beberapa kali bertanya mengenai hari perkahwinan mereka.

Kini Bersedia Ke Fasa Ke Seterusnya

Bagaimanapun, katanya, perancangan untuk ke jenjang pelamin masih belum diputuskan buat masa sekarang.

“Emak saya pun sudah bertanya bila kami hendak berkahwin. Dia bertanya sebab hari ini ahli keluarga ramai berkumpul. Jadi. dia sudah ditegur oleh emak saya tadi.

“Tetapi, saya fikir kami masih lagi dalam fasa yang belum sampai ke tahap itu. Masih banyak perkara diuruskan sebelum kami melangkah ke fasa yang lebih serius,” katanya.

Terkini, Diana membintangi filem Terbang yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup juara dunia pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh.

Gambar: Diana Danielleb

Published by
Nadia