Hidayah itu milik Allah dan Dia beri kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Siapa sangka dalam bulan yang penuh keberkatan ini, malahan dalam 10 hari terakhir Ramadan, seorang pemuda dari Sabah telah memeluk agama Islam. Beruntung, bila dia mengucapkan kalimah itu di hadapan Datuk Seri Dr Zulkifli itu sendiri.
Inilah antara perkongsian daripada Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri.
Beruntungnya seorang insan bernama Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman.
Ads
Di bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi saksi seorang lagi insan terpilih melafazkan dua kalimah syahadah.
Berumur 27 tahun dan berasal dari Penampang, Sabah, beliau melafazkan syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Putrajaya sebentar tadi.
Ads
Turut sama hadir, wakil dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan JAWI. Bapa saudara Afiq Iman berjumpa dengan SUSK YB Menteri Dr. Khairuddin, Ust Radhi dan berpeluang berjumpa Dr. Zulkifli dan mengucap dua kalimah syahadah.
Dr. Zulkifli turut berpesan kepada Afiq Iman dan menerangkan kepadanya tentang Islam dan keindahannya serta dijelaskan bahawa Islam tidak sama sekali menghina agama lain.
Ads
MW: Moga Afiq Iman dipermudahkan dan menjadi seorang muslim yang sejati.
Sumber: Ust Dr. Khairuddin at-Takiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi orang yang mempunyai perniagaan, memang besar harapan untuk berjaya dalam bisnes sekaligus bergelar jutawan. Namun, nak berjaya dalam bisnes tak mudah, kena ada panduan daripada ‘mentor’ yang telah berjaya dalam bidang tersebut.
Pernah tengok tak ada orang balik Kelate semata-mata nak beli Kuih Akok naik private jet..?
Beliau merupakan seorang ‘Silent Billionnaire’.. Tak suka dikenali orang.. dan Tak suka bercakap kosong.
Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau. Tapi saya nak ceritakan tentang 11 Nasihat Emas yang saya dapat sepanjang 30 minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport Ahad lepas dengan menaiki pesawat peribadi milik beliau.
Saya post kat sini adalah supaya saya boleh ingat pesanan dari beliau. Point ini agak berterabur sikit sebab semua nasihat emas ini disampaikan secara tak langsung saja..saya cuba perkemaskan ayat supaya kita semua dapat faham dan dapat manfaat dari apa yg cuba nak disampaikan..
Anda boleh #Share post ini sekiranya anda rasakan ianya bermanfaat.
When you do business, don’t put all eggs in one basket. Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah.. Asingkan 1 bisnes, 1 company. 1 projek, 1 company.. Jangan campur adukkan semua di bawah 1 company sahaja.
Jangan menganggap cabaran ekonomi semasa menghalang untuk kita buat bisnes. Sebagai contoh, musim covid ni.. Memang ada bisnes yang tak boleh nak jalan.. Tapi ada banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!
Jangan pernah berhenti dari memberi sedekah..sedekah dan lupakan.. Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu. Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa berkira.
Buat bisnes yang tidak melibatkan loan bank. Sebab loan bank ni lah sebenarnya yang menyebabkan cash outflow company makin drop. Dapat untung je, buat bayar loan.. Baik tak payah.
Banyakkan networking dengan orang-orang penting. Waktu mula-mula-mula networking, mungkin takde rasa apa yang perlu. Tapi one day, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara satu sama lain.
Pekakkan telinga dengan apa yang orang berkata negatif tentang kita. Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita saja yang tahu.. Orang lain tahu mengata jer.. so, the best solution, FOKUS dengan apa yang kita nak buat, dan apa yang kita nak capai.
Plan betul-betul life kita. Umur sekian sekian, apa target kita.. Dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.
Kena bijak mengambil peluang. Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak.. hanya kita je nampak. tapi kita tak berani. sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang lain grab dulu.
Bila berinteraksi dengan orang kenamaan, jangan tunjuk yang kita lemah. Kena tunjuk kita ni kuat dan ada kelebihan. Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kat kita.
Sekiranya kita nak business secara long term, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya sangat bahaya. Fokus kepada business.. bukan fokus kepada politik.
Jangan terlalu nak ‘beremosi’ dalam bisnes.. Kalau kita buat satu-satu bisnes, dan bisnes tu asyik rugi dan takde masa depan..Tutup saja bisnes tu.. tak perlu nak meratap sayu.. bina bisnes baru yang lebih profitable.
Begitulah 11 Pesanan Emas dari beliau.. Apa yang beliau pesan, memang kena sangat dengan bisnes yang saya lakukan ini.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan terutama buat yang ada bisnes sendiri. Semoga bisnes berjaya dan menjadi jutawan yang cemerlang dan mampu memberi manfaat juga pada orang lain.
Raya hanya berbaki sekitar seminggu lagi. Dengan kelonggaran PKP, pastinya ada yang memasang niat untuk menziarahi keluarga (bagi yang tinggal berdekatan). Tetapi bila berpeluang untuk ziarah tu, jagalah adab dan tutur kata. Raya musim PKP ni, pastikan anda kekal menjaga penjarakan sosial, tak perlu adegan salam laga-laga pipi,bersentuhan tangan, pastikan anda memakai topeng muka serta sentiasa memastikan tangan dalam keadaan bersih. Bagi yang tak sihat, dinasihatkan batalkan saja keinginan nak berziarah atau menerima tetamu. Begitu juga menziarahi mereka yang baru menyambut kelahiran bayi. Jika tak ada keperluan, tak ziarah pun tak ada siapa yang berkecil hati. Sebab masing-masing aware dengan pandemik ini. Berziarah tetapi patuhi lah SOP PKP dan sentiasalah berjaga-jaga. Selain menjaga diri, diingatkan jaga juga perilaku dan tutur kata. Pesanan Dr Redza Zainol ni ada benarnya juga dan boleh dijadikan panduan.
Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe. Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30-40 bayi. Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang lebih prihatin masa pergi melawat rumah keluarga terdekat semasa Raya ni.
Siapa sangka perkongsian video-video masakan yang dimuat naik ke laman youTube berjaya menambat hati ramai, malah kini mampu memberi pendapatan tambahan. Walaupun hanya menggunakan perkakasan dan peralatan masakan yang asas. Bahkan telefon pintar yang digunakan untuk merakam video masakan tersebut juga di beli secara hutang. Bukan mudah untuk berjaya, yang penting berusaha.
Itulah kisah di sebalik kejayaan Pavithra dan suami, M Sugu, 29, yang viral di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas video-video masakan yang dikongsikan menerusi saluran Youtube mereka mendapat perhatian penonton.
Selain kepelbagaian menu yang disediakan termasuk masakan India, penggunaan bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua video nyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur untuk terus melanggan saluran pasangan suami isteri itu yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba begitu ramai pengguna melanggan saluran Youtube kami sedangkan kami sangat baru, masih banyak kekurangan dalam kandungan video yang perlu kami perbaiki,” kata S Pavithra, 28.
Pavithra berkata, dia dan suami mula berjinak-jinak sebagai Youtuber sejak Januari lalu selepas mendapat saranan daripada rakan baik yang juga seorang YouTuber untuk menghasilkan serta memuat naik video masakan di laman berkenaan.
Menu pertama yang dikongsi mereka adalah ikan talapia bakar dan Pavithra berkata, dia dan suami menunjukkan tutorial memasak menggunakan Bahasa Melayu.
Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, mereka sendiri terkejut apabila jumlah pelanggan saluran mereka meningkat sehingga 10,000 dalam tempoh sebulan saluran berkenaan diwujudkan.
Susulan itu, pasangan ini menerima emel daripada YouTube untuk menjadi Rakan Youtube sekali gus membolehkan mereka memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut dolar Amerika Syarikat (AS).
“Saya dan suami memang gemar memasak jadi kami tiada idea yang lebih baik untuk dijadikan kandungan utama saluran YouTube kami selain berkongsi resipi dan tutorial masakan.
“Pada peringkat awal, rakan baik saya turut mempromosikan saluran kami di salurannya jadi mungkin juga itu antara faktor video kami ditonton lebih ramai pelayar sehingga jumlah pelanggan juga naik mendadak.
“Walaupun saya berbangsa India, saya ambil inisiatif untuk hasilkan video dalam bahasa Melayu berbanding Tamil supaya ia dapat difahami lebih ramai penonton di negara ini,” katanya.
Bercerita lanjut, Pavithra menjelaskan, jika orang lain mempunyai perkakasan dapur yang canggih, tidak pula bagi mereka yang hanya mempunyai perkakasan asas di dapur. Berbekalkan dua periuk termasuk periuk untuk memasak nasi selain kuali dan sudip, kandungan video dihasilkan menggunakan telefon pintar yang dibeli secara hutang untuk tujuan perkongsian video terbabit.
Rakaman juga menurutnya dibuat selepas suami pulang dari kerja atau pada hari cuti.
“Sejujurnya, kami bukanlah orang senang. Saya hanya suri rumah sepenuh masa manakala suami pekerja ladang kelapa sawit dan kami tinggal di kuarters yang disediakan majikan suami.
“Sebab itu, perkakasan yang digunakan untuk kandungan video hanyalah periuk, kuali dan sudip biasa, barang sedia ada di rumah yang kami gunakan setiap hari, tiada pun peralatan canggih.
“Kami juga tiada tripod (kaki tiga) jadi untuk menstabilkan telefon ketika rakaman, kami hanya letakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh.
“Memandangkan suami agak pemalu, saya lebih banyak bercakap khususnya ketika kenalkan bahan-bahan dan cara-cara namun proses suntingan klip video dilakukan bersama selepas makan,” katanya.
Dalam pada itu, Pavithra turut menzahirkan terima kasih kepada pelanggan salurannya yang menghadiahkan mereka dengan pelbagai peralatan dapur.
“Saya menerima pelbagai perkakasan seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan) dan ketuhar yang tidak pernah saya gunakan apa lagi miliki seumur hidup saya.
“Tidak kurang juga pengikut yang menghantar bahan mentah serta rempah ratus untuk saya gunakan dalam penghasilan video.
“Saya juga sangat berterima kasih kepada keluarga, jiran, rakan dan pelanggan yang sentiasa memberikan idea mengenai menu masakan seterusnya untuk saya hasilkan dalam video,” katanya.
Ketika ini, jumlah pelanggan saluran Sugu Pavithra di laman Youtube sudah mencecah 275,000 orang.
MW: Tahniah buat pasangan suami isteri ini. Siapa sangka perkongsian video di youtube menjadi punca pendapatan tambahan buat keluarga kecil ini. Semoga terus maju jaya, kekal merendah diri dan bersikap jujur dalam menghasilkan ‘content’ video yang menarik.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...