
Dunia hiburan sememangnya penuh gemerlapan dan sarat cabaran. Namun bagi Datuk Awie, dia tetap berpegang teguh pada satu prinsip hidup iaitu pendidikan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan utama.

Itulah yang terpancar jelas pada wajahnya ketika hadir ke Majlis Konvokesyen ke-36 Management and Science University (MSU) baru-baru ini, meraikan kejayaan dua puteri tersayang yang bukan sahaja tamat pengajian, tetapi benar-benar bersinar di menara gading.
Dua Puteri Cemerlang Dalam Bidang Masing-Masing
Putri Aleefa Antasha, 23, graduan Fotografi dan Video Kreatif, bukan sekadar menamatkan pengajian dengan cemerlang, malah membawa pulang CGPA 3.78 serta menerima Anugerah Industri sebuah pengiktirafan berprestij yang membuktikan bakat dan dedikasinya.
Kakaknya, Putri Aleeya Antasha, 25, graduan Pengurusan Acara, turut menunjukkan prestasi membanggakan dan menjadi kebanggaan keluarga.
“Alhamdulillah, syukur. Ini satu kebanggaan besar untuk saya dan isteri. Walau apa pun berlaku dalam hidup atau kerjaya saya, pendidikan anak-anak tetap jadi keutamaan,” ujar Awie penuh kesyukuran.
Didikan Dari Rumah: Bebas Mencari Minat, Dibimbing Dengan Kasih
Awie mendedahkan sejak kecil, anak-anak dibiasakan membaca, belajar dan diberi ruang meneroka minat sendiri.
“Saya layan mereka macam kawan. Mereka tanya pandangan, saya beri idea. Bila mereka setuju, mereka jalan sendiri. Syukur anak-anak saya jenis dengar kata. Yang penting, kemahuan mereka seiring harapan kita,” jelasnya.
Tidak ketinggalan, Awie turut berkongsi perkembangan anak lelakinya, Putra Ahmad Merah, yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sebagai bapa, Awie percaya ilmu adalah bekal paling berharga.
“Dalam apa bidang pun, pendidikan boleh ubah masa depan seseorang,” tegasnya.
Impian & Harapan: Benih Kejayaan Yang Sedang Mekar
Di majlis konvokesyen itu, Aleefa teruja berkongsi impiannya.
“Impian saya nak jadi penerbit filem,” katanya dengan senyuman yang penuh harapan.
Aleeya pula merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, langkah yang membuktikan semangat belajar mereka tidak pernah berhenti.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


