Demi sesuap nasi, ibu tunggal anak 9 derita sakit saraf bersengkang mata jual nasil lemak. Takdir perjalanan hidup setiap hambanya tidak sama. Ada diulit kemewahan dari kecil dan tidak terbiasa dengan kesusahan hidup. Namun ada diuji dengan seribu satu kesusahan termasuk kehilangan orang tersayang.
Perit rasanya kehilangan tulang belakang keluarga, susuk seorang ayah tahun lalu secara mengejut membuatkan sembilan beradik berusia di antara 3-20 tahun berhempas pulas meneruskan kehidupan. Seawal jam 5 pagi mereka sudah bangun. Membantu ibu di dapur menyediakan nasi lemak untuk dijual di Pasar Tani di Saujana Utama Sungai Buloh.
Demi Sesuap Nasi
Jika si anak bangun jam 5 pagi, waktu tidur ibu jauh berbeza. Seawal jam 3 pagi dirinya sudah bersengkang mata menyediakan pelbagai lauk pauk bersama nasi lemak air tangannya. Dalam keadaan masalah saraf dihidapinya, si ibu tahu jika dirinya tidak kuat, anak-anak akan rebah.
Tiga beradik ini bertungkus lumus seawal jam 7 pagi di tapak pasar tani berjualan nasi lemak. Alhamdulillah sambutan orang ramai memberikan kegembiraan bila mana dua tong nasi habis setiap kali berniaga di sini.#ERAFoodsMY #ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekah
Penderitaan ibu tunggal anak sembilan, Azian Abd Rahim kami jejaki selepas kisahnya dikongsi di akaun Tik Tok @reezmell. Rasa tersentuh hati melihatnya berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat akibat masalah saraf dihadapinya ketika kami kunjungi gerai jualannya. Tanpa tongkat menyokong, langkahnya pasti rebah kerana kakinya tidak lagi kuat berdiri lama.
Di usianya 43 tahun, ada banyak garis duka di wajahnya. Duka kerana dia sama sekali tidak menyangka suami dikasihi, Amzar pergi secara mengejut di dalam teksi akibat serangan jantung ketika keluar mencari rezeki.
Menyedihkan pada malam suaminya meninggal, Azian dan anak-anak sudah menanti di rumah kerana mahu memberi kejutan kek hari lahir.
Kenangan bersama arwah suami.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekahTiada lagi insan dikasihi yang menjadi tunjang keluarga besar ini.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
“Kami tidak pernah sambut hari jadi selama berpuluh tahun berumahtangga. Entah kenapa tahun lalu saya suruh anak-anak belikan sebiji kek untuk ayah mereka. Konon nak buat kejutan. Arwah suami keluar rumah seawal pagi membuat kerja sambilan membawa bas pelancong di sekitar Kuala Lumpur,”ujarnya.
“Dari pagi membawa ke tengahari. Kemudian senja melabuh tirai hingga langit tiada lagi bintang. Gelap gelita. Saya dan anak-anak terus menantinya di rumah tapi hati saya semakin tak sedap kerana arwah suami tak ada telefon langsung. Bila kami cuba menelefon, baterinya sudah mati. Hati jadi tertanya-tanya kerana jarang suami begini”
“Rupanya kejutan membelikan kek menjadi kejutan besar buat kami sekeluarga bila pihak polis memaklumkan yang suami ditemui meninggal di dalam kereta dan ada di hospital. Masa tu saya bayangkan nasib anak-anak kerana selain anak sulung, suamilah tunjang ekonomi keluarga. Saya buat nasi lemak pun seminggu sekali saja,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir laju.
Ads
Ibu Tunggal 9 Anak Derita Sakit Saraf Bersengkang Mata Jual Nasi Lemak
Dari pasar tani kami menurutnya di rumah. Kali ini bersama team Beras Era (Era Food My) yang turut sama mahu membantu ibu tunggal anak sembilan ini. Kami memahami deritanya kerana air matanya sentiasa tumpah ketika temubual dilakukan.
Di rumah sewa didudukinya, wajah segannya tetap terserlah. Mungkin tidak biasa dengan lensa kamera kerana dunianya banyak di dalam rumah.
Kata Azian, dia mahu teruskan perniagaan nasi lemak ini di sebalik masalah saraf dihadapinya. Kerana inilah satu-satunya punca rezekinya sekeluarga.
Dia tahu, dia harus menjadi wanita besi kerana pada bahunya anak-anak berpaut. Sembilan anak; Muhammad Izzul Irshad, 20, Muhamad Irfan Syafiq, 19, Nur Aisyah Balqis, 17, Siti Nur Amelyna Balqis, 15, Siti Nur Raudhah Balqis, 12, Siti Nur Najwa Balqis, 11, Siti Nur Ain Balqis, 9, Siti Nur Khadijah Balqis, 8 dan Muhammad Iman Rayyan,3 tahun bergantung padanya.
Ads
Semua keputusan keluarga terpikul di bahunya. Dialah ibu, ayah dan tunjang ekonomi keluarga sementelah anak sulungnya menjadi kelindan lori. Anak keduanya menjadi penghantar makanan manakala lainnya masih bersekolah menengah dan rendah.
Anak-anak ini gembira menerima sumbangan dari Beras Era.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
Sudah tertulis rezekinya, saat kedatangan kami itu, kami bawakan bersama peralatan memasak seperti tong gas, bekas nasi, periuk nasi dan lain-lain keperluan sumbangan Beras Era termasuklah juga bekalan beras untuk satu tempoh panjang, bagi pemberi semangat buatnya terus berniaga.
Azian sama sekali menyangka ada pihak baik jiwa dan hati membantunya dan anak-anak. Dan lebih mengharukan selama ini dirinya memang menggunakan Beras Era bagi nasi lemaknya selama bertahun-tahun ini.
“Tak tahu apa nak cakap tapi saya sangat terharu dengan sumbangan dari Beras Era ini. InsyaAllah, saya akan terus berjualan sepanjang Ramadan kerana inilah sajalah rezeki kami,”katanya sambil mengesat air mata kegembiraan.
Mana yang mahu mencuba nasi lemaknya yang sedap, carilah di Pasar Tani Saujana Utama Sg Buloh dan gerainya, Nasi Lemak Anak Ramai. Ada banyak lauk pauk sedap seperti paru masak merah, kerang, ayam masak merah dan banyak lagi. Ya jualannya sentiasa diburu dan setiap kali jualan, habis dua tong besar nasi sekitar 15 kg nasi.
Ads
Bagi kita yang mempunyai rezeki lebih bolehlah salurkan sedekah kepada Azian dan anaknya seramai 9 sembilan orang ini baginya meneruskan kelangsungan hidup.
Hari ini hari puan Azian. Dan esok lusa kita tidak tahu siapa yang diuji.
Bagi memberikan keceriaaan buat keluarga-keluarga di luar sana yang diuji kesulitan hidup, bersempena Ramadan mulia ini, Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era menggerakkan usaha membantu bukan sahaja keluarga puan Azian malah juga keluarga asnaf lain agar dapat meraikan hari raya dengan lebih bermakna.
Marilah kita berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dengan memberikan sumbangan seikhlas hati, menyalurkan sumbangan melalui Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita.
Alhamdulillah, pihak Beras Era Food turut akan menggandakan jumlah sumbangan orang ramai bagi menyemarakkan Tabung Skuad Sedekah ini. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93 atau scan QR Code tertera.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Talkshow tengah hari tadi membincang tentang persediaan anak-anak ke sekolah. Dalam tempoh persediaan itu, tentu ada keperluan yang disediakan cukup mahal, sebabnya anak pertama yang bersekolah. Menurut panel jemputan hari ini, Fariz Sakina Abdullahm Pegawai Psikologi (Kaunseling) Institut Kemahiran Kesihatan Malaysia:
“Tempoh sebulan percutian, mak-mak perlu buat checklist keperluan barang persekolahan anak-anak. Kadang-kadang permintaan barang sekolah anak ini terlalu mahal dan semua ini atas pengaruh kawan-kawan sebaya.
“Tidak salah untuk membeli barangan keperluan ersekolahan yang mewah tetapi mak-mak kena tahu manfaat apa yang boleh dapat dari barangan tersebut.
Manakala Ieza Yusof, Mentor Kewangan pula: “Sebenarnya, keperluan kehendak hanyalah 10 peratus sahaja dan selebihnya adalah keperluan asas. Mak-mak kena buat kiraan bajet dan bukan fokus pada keperluan persekolahan tetapi bayaran yuran sepanjang persekolahan nanti.
Walau bagaimanapun keperluana persekolahan ini berbeza bergantung kepada pendapatan ibu bapa. Paling penting ukur baju di badan sendiri dan jangan mengajar anak untuk bermewah-mewahan.
Bagi mengikuti kupasan lanjut topik ini, saksikan siaran ulanangan di Astro Prima 105 dan Prima HD jam 8 malam nanti bersama Siti Elizad dan Hana Ismail.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim ke-4 rancangan realiti amal yang dinanti-nantikan, Kongsi Kasih, kembali dengan episod pertamanya yang mengundang rasa sebak dan keinsafan. Mengangkat tema ‘Kongsi Kasih, Jejak Jalanan, episod ini menampilkan kisah sebuah keluarga yang berjuang meneruskan kehidupan di sebalik cabaran ekonomi dan kesihatan.
Suami & Anak-Anak Perlu Perhatian Khusus
Episod pertama membawa penonton menyelami kisah Puan Saliza, seorang suri rumah yang berhadapan dengan komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis namun perlu menumpukan perhatian dan penjagaan terhadap dua orang cahaya matanya orang kelainan upaya atau OKU berusia 11 tahun dan 5 tahun yang turut berdepan dengan masalah kesihatan.
Keadaan kesihatan Saliza juga sebenarnya tidaklah begitu baik apatah lagi dirinya mempunyai penyakit asma kronik. Setiap bulan dia perlu menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk pemeriksaan anak-anaknya.
Kesempitan dari sudut kewangan kadang-kala menyebabkan dirinya terpaksa menunda temujanji rawatan di hospital apatah lagi hanya berharap menunggang motorsikal untuk membawa anak-anak ke hospital.
Sokongan Perfume Paradise
Menerusi episod ini, pasukan Kongsi Kasih bersama penaja, Perfume Paradise tampil memberikan sokongan moral dan bantuan kepada keluarga Puan Saliza.
Menurut pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, dia sebenarnya terkesima dengan kehidupan Puan Saliza yang kuat semangat meskipun terpaksa berhadapan dengan dugaan kehidupan.
Pihak Perfume Paradise juga turut membuka peluang dan ruang untuk keluarga ini menjana pendapatan sampingan melalui Perfume Paradise di samping memberikan sokongan secara menyeluruh dari bimbingan pemasaran hingga produk berkualiti yang mudah dijual.
Pengacara rancangan Kongsi Kasih musim ke 4, Haze Huzir berkongsi momen berkunjung ke kediaman Puan Saliza yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong yang menyentuh hati pengacara ini apabila melihat kanak-kanak berusia 5 tahun yang berhadapan dengan masalah kesihatan iaitu kepala besar ini menyambut kedatangan tetamu dalam suasana penuh gembira.
“Kami percaya bahawa setiap insan yang menghadapi kesukaran berhak diberikan peluang kedua. Melalui Kongsi Kasih, kami bukan sahaja ingin membantu, tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.
Menurut Puan Saliza, sejak Fatimah berada di dalam kandungannya, keadaan tumbesaran Fatimah telah dikesan tidak normal. Doktor mengesahkan otak Fatimah nipis dan dipenuhi air.
Malah sejak bayi lagi, perlu berhati-hati memegangnya kerana kepalanya besar dan badannya semangat. Tetapi sebagai ibu, sudah tentu saya beranikan diri untuk menguruskannya sehingga kini,”ujar Saliza memulakan bicara.
Meskipun berhadapan dengan masalah kesihatan, Saliza sentiasa memanjatkan doa semoga suami dan anak-anak berada di dalam lindunganNya apatah lagi suami juga berhadapan dengan masalah kesihatan yang kronik.
Selain diuji masalah kesihatan anak, Puan Saliza turut perlu menguruskan emosi dan tingkah laku anak perempuannya yang mempunyai masalah lembam dan sering dibuli di sekolah akibat kekurangannya itu. Anak kedua beliau juga merupakan pemegang kad OKU, masalah pembelajaran dan hyperakftif.
Berkat kesabaran dan kerjasama dari pihak guru, Puan Saliza berharap anaknya itu memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih tenang dan bersemangat.
Episod 1 turut menyaksikan kesusahan hidup tidak mematahkan semangat, malah memberi dorongan kepada insan-insan ini untuk bangkit dan meneruskan kehidupan dan bersabar menghadapi setiap dugaan dalam kehidupan.
Sokongan Penguat Semangat
Selain kisah keluarga Puan Saliza, episod pertama juga memaparkan kisah bekas penyampai radio, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran yang menghidap kanser prostat dan kanser itu kini sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
Kieran terharu apabila ramai rakan artis tampil membantu apabila dirinya ditimpa musibah. Hatinya tersentuh kerana ramai teman masih ingat kepadanya biarpun sudah 10 tahun meninggalkan dunia penyiaran.
“Ramai yang prihatin, Alhamdulillah Allah kurniakan saya sahabat yang baik-baik. Terima kasih kepada semua,” katanya yang beroleh semangat yang kuat untuk pulih.
Saksikan tayangan episod Kongsi Kasih Jejak Jalanan di Astro Prima, setiap
Jumaat jam 7 malam bermula 14 Februari, dan hayati kisah-kisah penuh
inspirasi yang menyentuh hati. Mari bersama kami menyebarkan kasih dan kebaikan
kepada komuniti yang memerlukan.
Setiap kali tibanya acara sukan, slogan Malaysia Boleh pasti bakal berkumandang sebagai ekspresi menzahirkan rasa sokongan tanpa berbelah bahagi. Tidak dinafikan, slogan Malaysia Boleh merupakan salah satu medium yang menyatukan rakyat Malaysia bukan sahaja dalam bidang sukan, malah pelbagai aspek.
Tanpa kita sedari, slogan keramat tersebut mempunyai kisah yang tersendiri. Mingguan Wanita kongsikan info disebalik slogan keramat yang menjadi aspirasi rakyat Malaysia ini:
Pada tahun 1992, Majlis Olimpik Malaysia (OCM) mencari cara untuk memberikan dorongan keyakinan kepada atlet negara terutamanya mereka yang bersaing di luar negara. Dengan Sukan SEA 1993 di Singapura semakin hampir, bekas presiden OCM, Tan Sri Hamzah Abu Samah, mendekati Nestle untuk mendapatkan idea.
Selepas sesi perbincangan intensif dengan bekas pengurus pemasaran sukan Nestle, Datuk Dina Rizal, kedua-dua mereka akhirnya memilih satu slogan daripada banyak pilihan yang mereka cadangkan semasa sesi ulasan idea.
“Malaysia Boleh!” dengan cepat menjadi jeritan perjuangan khas rakyat Malaysia di acara sukan utama. Sebenarnya, kempen MILO untuk Sukan Komanwel 1998 berpusat pada slogan yang sama yang menarik perhatian.
Slogan ikonik rakyat Malaysia
Dihoskan untuk pertama kalinya di Kuala Lumpur, Sukan Komanwel 1998 juga mencatatkan beberapa pencapaian pertama untuk acara sukan serantau kedua terpenting di dunia.
Selain menjadi negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah acara ini, Sukan Komanwel 1998 juga kali pertama menyertakan sukan berkumpulan dan merupakan kali pertama diadakan di negara di mana Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama, antara lain.
Pengaruh slogan ini meluas di peringkat kebangsaan apabila, pada suatu ketika di pertengahan tahun 90-an, ketika itu Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih frasa tersebut untuk memberi dorongan kepada Wawasan 2020.
Sejak itu, “Malaysia Boleh!” bukan lagi sekadar slogan yang digunakan untuk memberi semangat kepada atlet negara kita. Lebih daripada hanya meraikan pencapaian, frasa ini juga dimaksudkan untuk menanam keyakinan bahawa Malaysia dan rakyatnya mampu melakukan apa saja. Yang paling penting, ia digunakan secara menonjol untuk mengumpulkan rakyat Malaysia di sekitar idea mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Meskipun terdapat beberapa slogan baharu diperkenalkan, namun slogan Malaysia Boleh ini masih melekat di hati kebanyakan rakyat Malaysia yang meletakkan azimat dan semangat untuk rakyat Malaysia berjaya bukan sahaja dalam bidang sukan, malah ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
Semoga slogan ini terus tersemat di hati setiap rakyat Malaysia dan menjadi azam untuk terus mara ke hadapan dalam pelbagai bidang yang diceburi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.