Daun kari antara herba yang paling banyak digunakan dalam masakan penduduk di Malaysia terutama kaum India. Aromanya menambah kesedapan dalam masakan.

Bahkan bukan itu saja, ia sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat termasuk untuk kecantikan dan kesihatan.

APA KHASIAT DI DALAM DAUN KARI?
Daun kari mengandung karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, besi dan vitamin seperti vitamin C, vitamin A, vitamin B dan vitamin E. Kandungan di dalamnya boleh membantu fungsi jantung lebih baik melawan infeksi.

Daun Kari Tinggi Khasiat Untuk Kecantikan, Penyedap Aroma Dalam Masakan
APA KEBAIKAN DARI SUDUT KECANTIKAN?

Hilangkan Kesan Jerawat

Tanda atau bekas jerawat benar-benar merisaukan ramai daripada kita. Tapi jangan bimbang, bekas-bekas itu dapat dihapuskan dengan bantuan daun kari. Mudah saja. Buat pes daripadanya dan jus lemon. Sapukan ke kawasan bekas jerawat dan setelah itu cuci dengan air biasa.

Mengatasi Kesan Kulit Sunburn

Ketika musim panas tiba, masalah kulit terbakar sinar matahari menyebabkan ruam. Untuk mengubati masalah ini, campurkandaun kari dengan susu. Ini akan mengawal reaksi alergi. Masukkan ia ke dalam susu, masak seketika kemudian sejukkan. Kemudian, sapukan pada bahagian yang terkena ‘gigitan’ sinar matahari.

Exfoliating

Untuk pengelupasan kulit, kombinasi daun kari dan lemon benar-benar khasiatnya. Caranya, tempelkan keduanya pada kulit selama 10-12 minit. Lalu, bersihkan wajah anda.

IKLAN

Baca artikel lain di sini:

Baja PERUT IKAN, Hasilnya Pokok Kari Merimbun. Boleh Guna Pada Pokok Lain Juga

Kari Ayam Viral Sugu Pavithra Ramai Dah Cuba, Terbukti Pergh! Sedap

Jangan lupa FOLLOW MINGGUAN WANITA di instagram

IKLAN

Jangan lupa FOLLOW MINGGUAN WANITA di twitter

APA PULA KEBAIKAN DARI SUDUT KESIHATAN?

Berikut ini beberapa manfaat kesihatan daripada daun kari seperti yang disiarkan di dalam Times of India, antara lain:

Membantu Turunkan Kolesterol

Banyak penelitian menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini memiliki khasiat yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol darah seseorang. Ini kerana, antioksidan dalam daun kari boleh mencegah oksidasi kolesterol yang membentuk kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL). Pada akhirnya, daun kari ini boleh melindungi tubuh dari penyakit serius, seperti aterosklerosis.

IKLAN

Cegah rambut beruban

Daun kari juga sangat efektif dalam merawat rambut yang rosak, memperkuatkan batang rambut yang rapuh, rambut rosak dan kelemumur. Anda boleh menaruh tumbukan daun kari pada kulit kepala. Bahkan perawatan alami daripada daun kari juga boleh melambatkan rambut beruban.

Bantu mengawal Anemia

Daun kari adalah sayuran yang kaya zat besi dan asam folat. Asid folat bertanggung jawab untuk membantu tubuh menyerap zat besi dan ia membantu mengatasi anemia.

Memperbaiki Sistem Pencernaan

Daun kari juga boleh membantu meningkatkan pencernaan dan mengubah cara tubuh menyerap lemak. Disebabkan ini, dikatakan ia akan membantu anda dalam menurunkan berat badan.

KARI DAGING

Daun Kari Tinggi Khasiat Untuk Kecantikan, Penyedap Aroma Dalam MasakanBAHAN-BAHAN:

500gm daging | potong dan bersihkan
1 mangkuk santan
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia
1 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah daging
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
  2. Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati. Masukkan daging dan sedikit air lagi
  3. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI