Kekeluargaan

Pasangan Humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia Pilih Naik Motor Hantar Anak-anak

Share

Pasangan humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia pilih naik motor hantar anak-anak. Kalau ikutkan, tidak semua suami isteri selesa naik motor untuk bergerak ke sana sini, tambah pula apabila ada anak-anak.

Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia Pilih Naik Motor Hantar Anak-anak

Namun berbeza dengan Datuk Fizz Fairuz apabila dia slumber menaiki motosikal untuk menghantar anak-anak pulang ke rumah selepas bersama-sama berniaga di sebuah ekspo.

Pada jam 2.30 pagi, mereka memilih motosikal bagi memudahkan perjalanan dan mengelak kesesakan lalu lintas.

“Ini nak hantar anak-anak balik untuk sekolah pagi. Kena naik motosikal untuk senang bergerak, elak jammed pun ya. Nasib baik ada sahabat ambilkan video, terima kasih Yom dan bonda,” titip Almy.

Video hantaran Almy menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata tertarik dengan cara ‘sempoi’ pasangan berkenaan dan bijak mencari penyelesaian terhadap kesesakan lalu lintas.

Malah, ramai yang mengakui pasangan ini terkenal dengan sikap merendah diri sejak dahulu lagi.

Pasangan Humble Menitikberatkan Nilai Keluarga

Momen ini sekali lagi membuktikan bahawa di sebalik glamor dan populariti, pasangan ini tetap menitikberatkan nilai keluarga dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Sikap rendah diri mereka dalam kehidupan seharian menjadi inspirasi buat ramai netizen.

Untuk rekod, Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah berkahwin pada April 2014.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal, 46, dan Almy Nadia, 40, dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 11; Nur Afrina Aurora, 10; Nur Afrina Ayra, 8; Nur Afrina Aisyah, 5, dan Nur Afrina Alisya, 2.

Gambar: Almy Nadia

Published by
Nadia