Ads

Pasangan Humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia Pilih Naik Motor Hantar Anak-anak

Datuk Fizz Fairuz
Datuk Fizz Fairuz

Pasangan humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia pilih naik motor hantar anak-anak. Kalau ikutkan, tidak semua suami isteri selesa naik motor untuk bergerak ke sana sini, tambah pula apabila ada anak-anak.

Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia Pilih Naik Motor Hantar Anak-anak

Pasangan Humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia Pilih Naik Motor Hantar Anak-anak

Namun berbeza dengan Datuk Fizz Fairuz apabila dia slumber menaiki motosikal untuk menghantar anak-anak pulang ke rumah selepas bersama-sama berniaga di sebuah ekspo.

Pada jam 2.30 pagi, mereka memilih motosikal bagi memudahkan perjalanan dan mengelak kesesakan lalu lintas.

“Ini nak hantar anak-anak balik untuk sekolah pagi. Kena naik motosikal untuk senang bergerak, elak jammed pun ya. Nasib baik ada sahabat ambilkan video, terima kasih Yom dan bonda,” titip Almy.

Ads

Pasangan Humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia Pilih Naik Motor Hantar Anak-anak

Video hantaran Almy menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata tertarik dengan cara ‘sempoi’ pasangan berkenaan dan bijak mencari penyelesaian terhadap kesesakan lalu lintas.

Malah, ramai yang mengakui pasangan ini terkenal dengan sikap merendah diri sejak dahulu lagi.

Ads

Pasangan Humble Menitikberatkan Nilai Keluarga

Pasangan Humble, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia Pilih Naik Motor Hantar Anak-anak

Momen ini sekali lagi membuktikan bahawa di sebalik glamor dan populariti, pasangan ini tetap menitikberatkan nilai keluarga dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Ads

Sikap rendah diri mereka dalam kehidupan seharian menjadi inspirasi buat ramai netizen.

Untuk rekod, Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah berkahwin pada April 2014.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal, 46, dan Almy Nadia, 40, dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 11; Nur Afrina Aurora, 10; Nur Afrina Ayra, 8; Nur Afrina Aisyah, 5, dan Nur Afrina Alisya, 2.

Gambar: Almy Nadia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Dipenjara Tujuh Tahun, Didapati Bersalah Amang S3ksual Anak Kandung...

Ibu didapati bersalah amang seksual  anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...