Rumahtangga bahagia, inilah yang diinginkan oleh suami isteri dalam setiap rumahtangga yang dibina. Sebolehnya ikatan ini berkekalan hingga ke syurga.
Namun apa yang diharapkan ini mampu berkekalan. Tapi disebabkan oleh perkara atau ‘gangguan’ daripada pihak ketiga yang tak tahu puncanya menyebabkan rumahtangga dibina tidak kesampaian.
Ada juga yang merasakan rumahtangga bahagia itu bukanlah berpunca daripada orang lain tapi ada ‘dasim’ yang datang mengganggu. Tidak sedar, dari rasa bahagia dan gembira dengan rumahtangga ini terus bertukar kepada benci.
Tak perlu nak tuduh orang lain sebab rupanya ada ‘dasim’ yang mengganggu. Sebabnya, ia tidak boleh tengok suami isteri bahagia. Ada saja ubaan dan gangguan supaya pasangan ini bertengkar dan bercerai berai.
Inilah yang dikatakan oleh Firdaus Shakirin. Perkongsian ini boleh membuka mata hati dan minda pasangan suami isteri agar sentiasa menghidupkan suasana rumah dengan amal ibadah.
Ada satu syaitan ni, tugas dia khas untuk menghasut suami dan isteri bergaduh, bermasam muka, bersengketa sehingga bercerai.
Dia tak boleh tengok rumahtangga bahagia, suami isteri mesra, hubungan aman damai. Dia cukup2-cukup pantang kalau kita suami isteri sentiasa baik dan gembira
Elok saja suami keluar, dia akan bisik kat telinga isteri untuk bersangka buruk dengan suami . Isteri pun mula la mesej suami, tanya suami kat mana, buat apa, balik bila dan sebagainya. Bila suami jujur, syaitan ni timbulkan keraguan dalam hati isteri dengan hasutan demi hasutan sampai isteri jadi curiga dengan suami.
Ads
Akhirnya, isteri dan suami bergaduh dan dia tepuk tangan, seronok sebab berjaya. Isteri dah tak percaya suaminya.
Bila suami balik keje penat-penat, suami nampak isteri tengan main hp sambil goyang kaki, terus syaitan ni menghampiri suami dan menimbulkan amarah suami. Jadinya. suami mula panas bila nampak isteri macam tu. Mula suami tu perli isteri, sindir isteri yang isteri tu untung duduk rumah, boleh makan tidur, sedangkan dia kena kerja cari rezeki.
Isteri terasa hati, isteri pun balas balik kata-kata suami…
Melompat-lompat syaitan ni sebab dia berjaya lagi buat suami isteri ni bergaduh. Sehari sampai 3, 4 kali bergaduh.
Syaitan ni namanya Dasim, tugasnya ialah memecah belahkan suami isteri, memutuskan ikatan perkahwinan, menjarakkan hubungan. Kita boleh jaga hubungan kita, diri kita dan pasangan sekiranya kita sentiasa solat, membaca al Quran dan berzikir. Hidupkan rumahtangga kita dengan amal ibadah.
Kita banyakkan istighfar ketika marah, cuba untuk fikir perkara yang baik-baik dan positif.
Sebelum masuk rumah, bagi salam, sebelum makan, baca doa makan dan sebelum tidur tepuk katil, bantal kemudian baca doa tidur. Jangan ada banyak patung dalam rumah, gantung gambar bernyawa di dinding, biarkan bilik tak berpenghuni atau tak digunakan.
Ads
Kalau ada bilik kosong, jadikan bilik tu sebagai bilik solat, surau kecil dalam rumah kita.
Syaitan ni takkan pernah berhenti menghasut kita. Hhanya kita yang kena kuatkan iman dan taqwa supaya kita tak termakan hasutan dia.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, kita rasa diri kita yang betul dan pasangan selalunya salah. Jangan cepat melatah, ini mungkin salah satunya adalah ‘dasim’ dalam diri kita. Minta dijauhkan.
Sebaik lahir anak ini tidak membuka mata. Dari pemeriksaan pakar, didapati mata kanannya tiada bebola mata, KOSONG. Mata sebelah kiri pula berwarna putih. Penyakit yang ada kaitan dengan saraf membuatkan anak kecil ini disahkan buta kedua belah mata. Istimewanya tanpa penglihatan, anak kecil ini dapat menghafal surah Yasin seawal 3 tahun.
Masuk umur 6 bulan, anak kecil ini, Ahmad Aqeel makin aktif. Emosinya berlebihan, suka mengamuk malah menghantukkan kepala. Sampailah mak ayahnya, Faiz Mohammad Noor B Kamaruzaman, 34 dan Nur Izzah Bt Mohamad Kamil, 34 merujuk ke pakar psikologi di Kajang.
“Keputusan ujian.. Aqeel disahkan autisme (mild). Kami redha dan positif.” tutur ibu bapa anak istimewa ini.
“Sampailah satu hari ketika saya membaca surah Yasin, tiba-tiba Aqeel yang berumur 3 tahun tu sambung bacaan saya sampai habis surah itu.”
Walaupun belum boleh bercakap sepenuhnya, Aqeel selalu membaca ayat-ayar Al Quran.
“Orang akan ingat di bercakap bahasa Arab, padahal dia melafaskan ayat-ayat Al Quran.”
Ibu bapa hebat yang tak pernah menghargai ‘anugerah’ yang Allah berikan kepada mereka.
Ini Cara Ibu Ayah Hebat Didik Anak Istimewanya Hafal Al Quran
1. Perdengarkan Ayat Al Quran Sejak Bayi
Sejak bayi sampai sekarang, ibu dan ayah sering pasangkan alunan ayat Al Quran untuk Aqeel. Baik di rumah mahupun dalam kenderaan.
2. Nak Bezakan Malam Siang, Pasangkan Surah Dalam Al Quran
Dulu Aqeel sukar bezakan waktu malam atau siang. Buatkan dia tak tidur waktu malam. Kami akan pasangkan ayat suci Al Quran sepanjang malam. Dan dia akan mendengarnya. Dari situ juga dia dapat hafal ayat-ayat Al Quran.
3. Berjumpa Ibu Bapa Idola Remaja Cacat Penglihatan
Kami ke Kelantan berjumpa ibu bapa remaja cacat penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang juga johan qari Tilawah AL Quran peringkat negeri Kelantan 2017.
Bertanya bagaimana mereka mampu mendidik Qayyim menghafal Al Quran. Caranya dengan memainkan semula perakam suada dan dia akan hafal. Konsep yang sama kami terapkan pada Aqeel.
4. Ibu Bapa Ini Persiapkan Diri Setahun Belajar Al Quran Braille
Kami ikuti program Al Quran Braille di bawah kelolaan USIM selama setahun. Agar kami dapat persiapkan diri untuk mendidik Aqeel tentang Al Quran.
Kami juga membuat kempen CSR dengan orang ramai yang mahu menyumbang untuk mewakafkan Al Quran Braille untuk diinfaqkan kepada sekolah-sekolah pendidikan khas, murid cacar penglihatan.
5. Tak Pernah ‘Simpan’ Aqeel
Aqeel berhak nikmati kehidupannya. Biarpun dia anak istimewa tak bermakna Aqeel perlu ‘disimpan’ dalam rumah. Tak pernah sekalipun rasa malu bawa dia ke mana-mana.
Dia suka berenang, jiwanya tenang bila dekat dengan air. Aqeel juga ke PDK di Brickfield untuk belajar urus diri. Alhamdulillah, perubahannya positif.
6. Didik Anak-anak Lain Sayangi Aqeel
Aqeel anak kedua. Abang sulung, Ahmad Abqari, 8 dan anak ketiga, Aisyah Azzahra, 1 sayangi Aqeel. Abangnya tak pernah sekalipun memarahi Aqeel. Ajar tanggungjawab pada abang. Dari kecil dia dah bawa Aqeel ke taman permainan dan kenalkan dengan kawan-kawannya.
7. Aqeel Adalah Anugerah
Anak keduanya itu tak pernah dianggap beban bahkan satu anugerah dan membawa rezeki pada mereka.
“Kehadiran Aqeel membuatkan kami lebih redha dan lebih dekat dengan Allah SWT. Ibu bapa yang ada anak istimewa seperti kami, berusahalah untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita.”
“Yang penting, jangan pernah rasa malu dan sedih di atas kurniaan Allah itu. Berdampinglah dengan rakan-rakan yang dapat memberikan sokongan kepada kita.
Pernah Alami Kesedihan, Turning Point Ini Buat Mereka Bangkit
“Satu ‘turning point’ selepas berjumpa seorang kaunselor (kini pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Mohd Hafiz Halim”
“Dia jemput saya dan isteri ke rumahnya dan melihat sendiri kehidupannya. Yang juga cacat penglihatan. Jemputan itu membuka mata dan minda saya.”
“Saya yakin Aqeel mampu hidup normal seperti orang lain. Isteri Encik Hafiz sendiri pun cacat penglihatan tapi kehidupan mereka sempurna. Dapat pula membesarkan 4 orang anak normal dengan baik sekali.”
VIDEO : Aqeel Dapat Menyambung Bacaan Surah Dengan Baik
Foto: Ahmad Shahir Osman
Video : Youtube Dengan Kebenaran Ibu Bapa Aqeel
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri bukan saja uruskan hal rumahtangga, makan pakai suami dan anak-anak tapi juga sebagai menteri kewangan. Inilah yang aling penting bila urus duit diserahkan kepada isteri.
Sebagai ‘menteri kewangan’ dalam keluarga, bukan bermaksud isteri sesuka hati menggunakan duit yang diberikan oleh suami. Sebaliknya kena bijak dan pandai dalam berbelanja dan menyimpan.
Bayangkan kalau suami isteri boros dan masing-masing tidak urus kewangan keluarga dengan baik, mahunya tak sampai hujung bulan duit dah habis. Belum lagi kalau berlaku kecemasan, mana nak ‘korek’.
Jadi, sebab itulah isteri kena jadi menteri kewangan, terutamanya kalau suami jenis boros. Isteri bukan ‘ceti’ tapi rasanya kalau bab-bab duit, memang boleh dipercayai dan serahkan saja pada dia untuk uruskan.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad ini betul sangat. Tip yang boleh isteri gunakan bila dah jadi menteri kewangan untuk uruskan perbelanjaan keluarga.
1. Jadi isteri bukan hanya cantik bila ada bulu mata lentik sahaja, tetapi harus bijak urus kewangan keluarga tercinta.
2. Lepas kahwin suami harus percayakan isteri atau mohonlah jawatan ini dari suami. Jaga kewangan keluarga waktu suami mencari rezeki.
3. Tugas pertama isteri mesti tahu pendapatan bulanan pasangan kita. Jika dapat lihat slip gaji yang dia ada lebih mulia.
4. Catat semua perbelanjaan keluarga, dari yang kecil sampai yang besar. Ambil resit tiap kali berbelanja, simpan dan jaga.
5. Sediakan satu Perancang Kewangan Keluarga, tahun ini kita nak ada berapa simpanan?.
Jika nak ada RM4000/12 bulan . Sebulan kita kena simpan RM333, seminggu kena simpan RM 83.00 sahaja. Boleh begitu?
6. Usaha tambahkan pendapatan keluarga, banyak peluang berniaga sekarang ini. Dari jual mekup ada merkuri sampai tudung seksi warna warni! (Jangan jual perkara yang rosakkan agama dan kesihatan sesama manusia)
7. Usaha kurangkan perbelanjaan tak perlu, jangan bagi suami hisap rokok lagi. Suruhlah dia hisap sudu atau apa sahaja yang percuma sedia ada.
8. Buat garis panduan belanja, contoh tak perlu tudung mahal untuk tutup aurat. Tak pakai Duck pun tak mengapa, janji terjaga aurat kita semua.
9. Kenakan denda jika tak ikut panduan. Contohnya denda jika suami kahwin lagi, mintak sebuah rumah sebagai hadiah galang ganti hantaran.
Mingguan Wanita : Isteri ni lebih cakna sikit dalam urus kewangan keluarga. Semua dia buat untuk masa depan keluarga. Paling penting, suami keluar cari rezeki dan isteri yang ada pekerjaan, bolehlah bantu mana yang mampu untuk ringankan beban suami.
Kanak-kanak umur 3 tahun sudah di wajibkan ke sekolah.Itulah perubahan yang bakal dilakukan dalam sistem pendidikan di Perancis berkuat kuasa pada 2019 nanti.
Presiden Emmanuel Macron, mengumumkan semua budak berusia tiga tahun wajib bersekolah, berbanding enam tahun sebelum ini, sebagai sebahagian rancangannya mengubah sistem pendidikan.
Langkah itu cuma memberi kesan kepada minoriti keluarga, dengan 97.6 peratus kanak-kanak Perancis sudah pun memasuki sekolah pada usia tiga tahun, menurut data Kementerian Pendidikan.
Namun Macron menegaskan perubahan itu bertujuan memerangi ketidaksamaan di wilayah luar dan kawasan paling miskin di tanah besar Perancis terutamanya, yang menyaksikan semakin ramai ibu bapa memilih tidak menghantar anak mereka ke sekolah.
“Saya harap dengan kewajipan ini, bermula awal persekolahan 2019, kita boleh membetulkan perbezaan yang tidak boleh diterima ini,” katanya kepada sidang yang dianjurkan untuk membincangkan pendidikan prasekolah.
Beliau berjanji prasekolah menjadi semakin baik pada masa depan dalam sistem pendidikan Perancis.
Macron, yang menamakan pendidikan sebagai antara keutamaannya, melantik pakar psikiatri saraf, Boris Cyrulnik, untuk membantu membentuk perubahan kepada kurikulum prasekolah dengan kerjasama Menteri Pendidikan, Jean-Michel Blanquer.
Dengan keputusan ini menjadikan Perancis negara yang mewajibkan umur yang paling awal ke sekolah pada usia 3 tahun.
Mak ayah macam mana? Kalau dilaksanakan di Malaysia setuju tak seawal 3 tahun dah diwajibkan ke sekolah?
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...